Selepas IKEA Malaysia melancarkan menu khas berasaskan durian pada 10 Jun yang lalu, kami sangat tertarik untuk mencuba minuman ‘Musang King Frappe’. Sebagai peminat setia minuman ice blended dan durian, kami ke IKEA Cafe di Cheras untuk cuba menu ini.
Selain untuk merasai minuman ini, kami juga ingin tahu bagaimana durian dicampur dalam minuman ini. Adakah seulas durian akan digunakan untuk setiap minuman? Ataupun ianya sekadar pes seperti aiskrim durian McD? Jawapannya adalah setiap air akan dicampur serbuk berperisa durian sebelum ianya dikisar bersama ais. Jadi, anda tidak akan merasa akan ada serat durian dalam minuman anda.
Tetapi yang paling penting, bagaimanakah rasanya? Sebagai peminat setia minuman ice blended, Musang King Frappe ini sangat sedap. Ianya seperti anda blend aiskrim durian dan jadikannya minuman dan rasa durian pada setiap hirupan memang just nice. Tidak terlalu manis dan rasa durian itu tetap ada.
Dengan harga hanya RM9.90, memang berbaloi minuman ini. Jika anda memang sedang craving makan durian, boleh cuba minuman ini di IKEA Cafe Cheras. Dan menurut pekerja yang bertugas, Musang King Frappe ini cuma ditawarkan di IKEA Cafe Cheras sahaja dan tidak di cawangan IKEA yang lain. Jadi boleh terjah hari ini sehingga 31 Julai 2019.
UPDATE: Musang king Frappe ini kini turut tersedia di IKEA Cafe yang lain dan bukan sahaja di IKEA Cafe Cheras. Jom terjah!