Pulau Pinang bakal menyaksikan penjualan durian yang lebih sedikit pada musim ini berbanding tahun lalu dengan situasi yang dijangka akan mendorong kenaikan harga.
Keadaan tersebut disahkan oleh pemilik ladang durian tempatan menurut sumber laporan Yahoo News.
Baca Juga:
- Pelancong China Mengamuk Durian Malaysia Tak Sedap – ‘Tapi Dah Licin Makan Sampai Habis’
- Durian Malaysia Tiba-Tiba Meletup Di China, Kenapa?
- Habis Licin Tapi Nak ‘Refund’? Kisah Pelik Pelancong China Berkelahi Dengan Penjual Durian Di Pulau Pinang
Eric Yeap dari Ladang Durian 8321, Georgetown berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan baru-baru ini menyebabkan pokok durian berbuah lebih sedikit.
Musim Durian Di Pulau Pinang Lewat
“Musim durian juga bermula lewat pada tahun ini. Biasanya ia bermula sekitar akhir April, tetapi kami baru saja menerima hasil awal sekarang.”
Tambah beliau, hasil durian pada tahun ini dijangka berkurang sebanyak kira-kira 30 peratus berbanding tahun lalu.
“Disebabkan jumlah yang berkurang, harga mungkin naik sedikit, tapi ia tidak akan melambung tinggi,” tambah Eric lagi.
Mengusahakan tujuh ladang durian di Pulau Pinang, Yeap berkata ladangnya mampu menghasilkan kira-kira satu tan durian setiap hari pada musim puncak.
Menurutnya lagi harga durian kini berada dalam julat antara RM15 hingga RM150 sekilogram bergantung kepada jenis dan gred.
“Durian kampung pula dijual antara RM8 hingga RM15 sekilogram, bergantung kepada jenis dan pilihan yang ada,” jelasnya.
Ketika ini, durian hibrid (kacukan) yang mencatatkan harga tertinggi di pasaran ialah Tupai King dimana merupakan pilihan baharu yang baharu sahaja didaftarkan secara rasmi.
Harga Tupai King pada ketika ini boleh mencecah hingga ke RM150 sekilogram dimana Yeap turut memiliki beberapa pokok durian jenis hibrid tersebut.
“Tupai King terkenal dengan rasa pahit yang sedikit beralkohol. Ia didaftarkan kira-kira dua tahun lalu oleh ladang lain di Balik Pulau.”
Menurut Yeap lagi, kini Black Thorn menduduki tempat kedua dalam senarai durian paling mahal, manakala Musang King berada di tempat ketiga dari segi harga.