Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi, baru-baru ini menjadi tumpuan hangat di media sosial selepas tular gambarnya yang seolah-olah sedang berdoa di hadapan jenazah Pope di Vatican City.

Gambar tersebut menunjukkan Jokowi dan rombongannya, berpakaian rasmi lengkap bersongkok, berdiri di hadapan keranda Pope bersama-sama paderi Katolik dan pengawal Swiss.

Tindakan beliau yang mengangkat tangan seperti dalam posisi doa Muslim telah mencetuskan perdebatan panas di kalangan netizen, terutamanya umat Islam di Indonesia.

Kecaman Netizen

Seorang netizen menulis, “Nabi Muhammad SAW hanya mengajarkan berdiri ketika ada jenazah non-Muslim, bukan berdoa seperti caramu ini Jokowi,” katanya.

Pope

Kritikan ini berpunca daripada larangan dalam Islam untuk mendoakan keampunan atau kesejahteraan kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia dalam keadaan kufur.

Dapat Perhatian UAI

Pendakwah terkenal Malaysia, Ustaz Azhar Idrus, turut memperjelaskan bahawa perbuatan tersebut adalah haram, meskipun si mati adalah ahli keluarga sendiri.

Dalam satu hantaran Facebook seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette, Ustaz Azhar memetik firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 113, serta pandangan Imam Al-Maraghi dan Imam Nawawi, yang sepakat mengatakan berdoa untuk keampunan mayat kafir adalah tidak dibenarkan.

Pope

“Ada pun jika dia meninggal dalam kekufuran maka tidak dibenarkan sama sekali mendoakan keampunan atau kesejahteraan untuknya,” tegas beliau.

Namun begitu, ada juga yang mempertahankan tindakan Jokowi, dengan mengatakan mungkin beliau hanya menunjukkan sikap hormat atau berdiri secara sopan — bukannya berdoa dalam pengertian agama Islam.

Di tengah-tengah kontroversi ini, ramai rakyat biasa mengingatkan bahawa rezeki, amal ibadah, dan tindakan seseorang perlu dinilai dengan ilmu dan adab — bukan hanya dengan emosional semata-mata.

Jokowi Dikecam Muslim Indonesia Selepas Berdoa Depan Jenazah Pope

Pope Francis disemadikan dalam satu upacara penuh istiadat di Vatican pada Sabtu, disaksikan oleh lebih 250,000 orang yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Upacara pengebumian itu berlangsung di Dataran St Peter, dengan ribuan penganut Katolik dari seluruh dunia membanjiri kawasan berkenaan sejak awal pagi.