- Dengan situasi banjir yang teruk terutamanya di Kelantan telah mendorong banyak pihak datang memberi bantuan asas untuk kelangsungan hidup.
Khairul Aming merupakan antara pemberi bantuan terawal yang sedia turun ke pandang dan membelanjakan wang besar dalam memastikan semua yang terjejas bakal menerima barangan keperluan yang secukupnya.
Nampaknya sosok figura terkenal lain iaitu pemilik Mydin, Datuk Amer Ali Mydin turut mahu berganding bahu bersama pempengaruh berkelahiran di Kelantan itu dalam meringankan beban sejagat.
Menerusi hantaran video di TikTok, tindakan Datuk Ameer memudahkan urusan pembelian barangan keperluan untuk KA dengan memberi pelepasan pembayaran selepas insiden banjir ini meraih pujian ramai.
“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000, 50,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah,” jelasnya sewaktu membuat panggilan video bersama KA.
Dalam pada itu, Datuk Ameer turut berbesar hati menyumbang lagi 5,000 barangan asas kepada mangsa banjir sempena insiatif Mydin Prihatin.
Terima kasih Mydin memudahkan urusan bantuan KA & team. 🫶🏻🥺 pic.twitter.com/QAR6ctenIs
— 🇲🇾 (@localrkyt) December 1, 2024
Kebaikan pemilik Mydin memang tidak boleh disangkalkan lagi apabila sebelum ini pun dia pernah menghalalkan segala barangan asas yang diambil oleh orang ramai di beberapa cawangannya sewaktu pandemik COVID-19 dahulu.
Dalam perkembangan lain, KA juga memaklumkan kilangnya telah menyediakan dendeng serta barang keperluan lain untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.