Rakyat Malaysia sudah pasti menyambut baik dengan pengumuman penambahan cuti raya yang diumumkan baru-baru ini. Ramai yang merancang mahu meluangkan lebih masa dengan keluarga tersayang dengan pelepasan yang diberikan.
Namun berbeza pandangan pula buat pemilik rangkaian peruncitan terbesar negara, Datuk Ameer Ali Mydin yang mengkritik pengumuman mengenai cuti tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri.
Baca Juga:
- Mahu Ringankan Beban Rakyat Sempena Aidilfitri, PM Setuju Laksana Tol Rahmah Selama 4 Hari
- 6 Intipati Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim Sempena Sambutan Aidilfitri Yang Bakal Tiba
Betul lah apa si Ameer ini cakap. Bukan Mydin sahaja yang rugi malah negara juga rugi berbilion RM setiap kali cuti khas diumumkan. Sebab itu cuti tak boleh diberi sesuka hati kecuali untuk keadaan yang amat memerlukan. Sebagai Menteri Kewangan, Anwar pun tahu perkara ini. https://t.co/uld0RtD8U2
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) April 18, 2023
Beliau mendedahkan syarikatnya mengalami kerugian sekurang-kurangnya setengah juta akibat pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Tambah Ameer lagi, jumlah kerugian perniagaan akibat pengumuman cuti tambahan boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih baik, seperti menurunkan harga Menu Rahmah dan barangan lain.

Tegasnya, ini lebih menguntungkan rakyat dan bakal memberikan manfaat kepada 500,000 orang. Beliau juga berpendapat bahawa kerajaan tidak patut mengambil keputusan yang bersifat populis semata-mata.
Sebaiknya kerajaan menfokuskan kepada subsidi bersasar dalam bentuk tunai kepada mereka yang memerlukan, berbanding mengumumkan pengecualian tol kepada semua pengguna tanpa mengira kelas pendapatan.