MyEG Services Bhd (MyEG) hari ini mengumumkan pertukaran namanya kepada Zetrix AI Bhd berkuat kuasa 9 pagi, 3 Julai (Khamis) ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata nama singkatan bagi sahamnya juga akan ditukar daripada MYEG kepada ZETRIX, petik BERNAMA.

Baca Juga:

“Nombor saham kekal tidak berubah,” katanya.

MyEG merupakan pemegang konsesi bagi aplikasi utama MSC kerajaan elektronik Malaysia bagi membina, mengendalikan dan memiliki saluran elektronik bagi menyampaikan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada warganegara dan perniagaan Malaysia.

Sumber