Seorang pemilik Perodua Myvi mencuri perhatian ramai selepas mahu menjual keretanya itu.

Apa yang menarik kereta model Perodua Myvi AV 2020 itu apabila pemilik menukar kerusi asal kepada kerusi Nissan GT-R.

Baca Juga:

Menurutnya, kerusi itu merupakan original untuk model kereta Nissan GT-R. Ia diperbuat daripada kemasan kulit dan kerusi itu boleh dilaras secara elektronik.

Luar Standard Myvi, Dalam Guna Kerusi GT-R
Sumber Gambar: Facebook Jason Tan
Luar Standard Myvi, Dalam Guna Kerusi GT-R
Sumber Gambar: Facebook Jason Tan
Sebab mahu jual Myvi

Menerusi hantaran Facecbook, pemilik mahu menjual kereta tersebut kerana sudah ada banyak kereta di rumahnya.

Harga yang diminta adalah RM47,000. Selepas 5 tahun penggunaan, mileage kereta tersebut baru mencecah 58,303 kilometer sahaja.

Kereta yang berada di Pulau Pinang itu baru sahaja diservis pada 1,000 kilometer lalu.

Luar Standard Myvi, Dalam Guna Kerusi GT-R
Sumber Gambar: Facebook Jason Tan