Kalau anda rindukan era awal 2000-an yang penuh dengan fesyen berani, chunky sneakers dan vibe futuristik, Skechers baru sahaja lancarkan sesuatu yang mungkin akan jadi staple baru dalam rak kasut anda iaitu Skechers Street™ Shadow Collection.

Menampilkan Cha Eun-woo, bintang Korea Selatan yang tak perlu diperkenalkan lagi, sebagai wajah utama koleksi ini, Skechers menggabungkan gaya Y2K nostalgia dengan teknologi keselesaan moden.

Hasilnya? Satu koleksi yang bukan sahaja tampil bergaya, tapi cukup selesa untuk dibawa berjalan satu hari di Pavilion KL ataupun lepak hujung minggu di Bukit Bintang.

Koleksi Shadow: bila Y2K bertemu streetwear futuristik

Koleksi ini hadir dengan dua model utama: Stellar OG dan Stellar 90, masing-masing untuk lelaki dan wanita dan setiap satunya miliki sentuhan unik tersendiri.

Skechers Street™ Shadow – Stellar OG (RM429)

Nak Kasut Yang Match Dengan 'Aesthetic Feed' Anda? Skechers Shadow Ada Jawapannya

Pilihan buat anda yang sukakan gaya kasual dengan elemen sporty, model ini hadir dalam warna-warna versatile seperti White Black, Mushroom Black (lelaki) dan Off White Pink, White Grey (wanita).

Dengan gabungan duraleather dan mesh upper, kasut ini direka untuk ketahanan dan pengudaraan optimum.

Skechers Street™ Shadow – Stellar 90 (RM429)

Nak Kasut Yang Match Dengan 'Aesthetic Feed' Anda? Skechers Shadow Ada Jawapannya

Ini untuk anda yang berani dan suka tampil standout. Hadir dalam warna Silver, Gunmetal, Black dan Grey,

Stellar 90 membawakan elemen metallic bling dengan rekaan futuristik. Bahagian midsole translucent insert pula menambah lagi dimensi moden, menjadikan kasut ini sesuai untuk mereka yang tidak takut jadi pusat perhatian.

Kedua-dua koleksi kasut ini dilengkapi Skechers Air-Cooled Memory Foam®, dijamin kaki anda tidak ‘merungut’ walaupun pakai seharian.

Peluang keemasan untuk peminat Cha Eun-woo

Nak Kasut Yang Match Dengan 'Aesthetic Feed' Anda? Skechers Shadow Ada Jawapannya

Mulai 1 Mei hingga 31 Mei 2025, setiap pembelian RM550 (RM500 untuk ahli Skechers) termasuk sekurang-kurangnya sepasang kasut Skechers Street, anda akan dapat Cha Eun-woo acrylic photocard stand percuma, tapi stok adalah terhad.

Koleksi Skechers Street™ Shadow kini boleh didapati di butik konsep terpilih seperti Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, The Exchange TRX, Suria KLCC dan 1 Utama. Untuk pembelian dalam talian, koleksi ini tersedia di Shopee, Lazada dan laman rasmi skechers.com.my.

Jom ke Skechers Shadow Pop-Up

skechers

Dari 1 hingga 4 Mei 2025, Skechers akan menganjurkan acara Skechers Street™ Shadow Pop-Up di The Starhill, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Shadow Display yang menampilkan koleksi Skechers Shadow terkini, Shadow Dance Challenge dengan hadiah produk Skechers bernilai RM1,000 dan Arcade Dance Machine untuk pengunjung menunjukkan skil menari mereka.

Di Shadow Studio, peminat boleh bergambar dengan gaya K-style dan membawa pulang cetakan eksklusif sebagai kenangan.

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam Special Giveaway Time, di mana lagu K-Pop akan dimainkan secara rawak dan pengunjung yang tampil menari spontan berpeluang memenangi sepasang kasut Skechers.

Pada 3 Mei (Sabtu), kumpulan tarian akan mengambil alih ruang awam dalam acara K-Pop Dance In Public, mempersembahkan koreografi terbaik mereka di tengah kota dan para pengunjung pula berpeluang mengundi persembahan kegemaran mereka untuk dinobatkan sebagai juara.

Tunggu apa lagi? Kita jumpa di sana.