Netizen terkejut dengan cara syarikat pemasaran Nilofa Group mempromosikan produk mereka dengan teknik berunsurkan soft p*** dan kelucahan.
Di platform X netizen telah mendedahkan bagaimana sebuah akaun IG dengan nama Nilofa Group boleh menggunakan idea yang tidak sesuai dengan imej Neelofa.
Netizen meminta Nilofa Group untuk lebih bertanggungjawab dalam perkara itu. Kerana Neelofa adalah wanita yang berpurdah dan berimej Islamik.
Namun promosi produk yang dibuat oleh pasukan pemasaran tersebut dianggap melampau dan memalukan. Malah nama Neelofa turut terpalit dengan kontroversi tersebut.
Neelofa dan pasukan pemasarannya sedang rancak mempromosikan produk baharu mereka. Tetapi cara promosi oleh Instagram milik Nilofa Group ini dianggap penuh kelucahan.
Banyak grafik yang double meaning digunakan di Instagram mereka.
Malah ada yang mahukan kepastian sama ada ini betul betul akaun rasmi milik syarikat Neelofa? Dan mereka mahu Neelofa mengambil tindakan untuk membersihkan namanya jika akaun Nilofa Group ini tiada kaitan dengan Neelofa.
Selain itu ada juga netizen yang menganggap iklan produk tersebut ada yang tidak tepat. Misalnya produk membesarkan buah dada.
Ada juga yang membandingkan promosi yang dibuat Nilofa Group ini dengan iklan syarikat oleh tuala wanita satu ketika dahulu yang dikecam gara gara menggunakan gambaran menggunakan bunga.
Buat masa ini Neelofa masih belum memberikan sebarang penjelasan tentang perkara itu.