Pada hari Jumaat, lalu kakitangan kaunter pertanyaan Kementerian Ekonomi membuat laporan terdapat satu bungkusan mencurigakan berada di hab Pulau Meranti, Dengkil.

Menurut laporan Berita Harian, kakitangan lelaki itu memaklumkan syarikat penghantaran terbabit memberitahu penerima bungkusan itu dinamakan atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kes pada Jumaat lalu susulan laporan dibuat kakitangan kaunter pertanyaan Kementerian Ekonomi, memaklumkan menerima satu panggilan jam 9.10 pagi dari sebuah syarikat penghantaran.

“Berdasarkan maklumat, bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang mengandungi daun ganja. Jadi, perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Ekonomi, Rashidi Ruskin.

“Kira-kira jam 6.30 petang hari sama, pengadu bersama dua anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sepang telah ke hab syarikat penghantaran itu dan merampas barang berkenaan,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Wan Kamarul berkata, barang dirampas ialah kotak warna coklat ditampal dengan nama penerima, Mohd Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim beralamat di Menara Prisma, No 26, Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Katanya, kotak itu memuatkan satu tiub ubat gigi berpenutup warna hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’, mengandungi pes putih kehijauan disyaki ubat gigi estrak daun ganja seberat 80 gram.

Katanya, hasil siasatan mendapati barangan terbabit dibeli oleh pengirim melalui platform e-dagang secara dalam talian dari Indonesia.

“Siasatan mendapati barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penerima dan siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.