Seorang pengguna jalan raya mengalami situasi ‘misteri’ apabila hampir melanggar sebuah ‘motosikal hantu’ yang tidak mempunyai penunggang.

Menerusi hantaran X.com @wenkt, beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam.

Apabila tiba di kawasan Mentari Court, tiba-tiba ada sebuah motosikal tanpa orang datang meluru ke depan keretanya dari arah kiri.

Panik dengan situasi tersebut, beliau membunyikan hon kepada motosikal tersebut.

Seakan ‘faham’ dengan bunyi hon itu, motosikal berkenaan patah balik semula ke lorong kiri sebelum terbabas di tepi jalan.

Bagaimanapun, apabila dilihat semula rakaman dashcam tersebut, sebenarnya ada kemalangan terjadi pada awal video berkenaan.

Didapati ada penunggang motosikal meluru dengan laju lalu merempuh belakang ‘motosikal hantu’ yang ditemui pemilik dashcam.

Penunggang ‘motosikal hantu’ terjatuh di tempat kejadian, sementara motosikalnya bergerak sendirian.

Menerusi hantaran warganet, ramai berasa geli hati melihat situasi tersebut.

“Kalau tak ada dashcam mesti tak ada siapa percaya abang,” kata netizen.

Dalam masa sama ramai bersetuju kepentingan sesebuah kenderaan miliki dashcam. Ia dapat menjadi bukti buat pemandu jika sesuatu terjadi di atas jalan raya.

Sumber