Tular satu klip video seram menjadi tanda tanya netizen apabila ada objek dipercayai penanggal meminta tolong daripada seorang lelaki yang merakam situasi tersebut.
Menerusi video dimuat naik akaun X.com @mrcreepyposta, entiti itu terbaring di hadapan rumah dan seperti ‘tersangkut’ tidak boleh terbang ke udara.
Baca Juga:
- Entiti Kekal Misteri, Orang Ramai Kongsi Pengalaman Seram Semasa Lalu Kawasan Bukit Tunku
- Pelajar Bukan Islam Pasang Yassin Untuk Halau Hantu Di Asrama Buat Netizen Terhibur
- Ditemani ‘Hantu’, Suasana Kedai Makan Di Gombak Ini Buat Netizen Seram
Suaranya seperti seorang nenek, merintih sekuat-kuat hati meminta pertolongan.
‘LEKAIH LA TULUNG’ – Penanggal Cries For Help
Menurut kepercayaan, PENANGGAL bukanlah hantu tetapi manusia yang menuntut ilmu hitam dan mampu memisahkan kepala dari badannya untuk mencari mangsa.
Usus penanggal ini tersangkut ketika melewati kawasan rumah yang telah dipagar. pic.twitter.com/j3iJJPuyaq
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) May 25, 2024
“Tolong, Tolong! Adik, lekaih laa tolong kami (cepatlah tolong saya)!” ujar entiti tersebut.
Dengan imej kualiti yang kabur-kabur. Ramai netizen mempersoalkan ketulenan video tersebut.
Bagaimanapun, ada netizen mempercayai video tersebut adalah asli kerana mereka pernah berhadapan situasi tersebut sebelum ini.
Seram dgr suara minta tlg tuh… sbb dua suara tuh jadi double triple. Kalo korang nak tau, Itu laa suara Jin Kapir yg guna vocal cords manusia. Dulu sedara aku sakit, dia meraung suara camni gak mlm2. Seram woo…
“Tolonnggg… Tolonnggg! Adekkk… lekaih laa tolong kami!” Kami? 😈
— Raja Bersiong 👹😈 (@BadryelBaharom) May 25, 2024
Menurut salah seorang netizen, makhluk halus itu akan menggunakan suara manusia, merintih dan meraung meminta simpati manusia yang ada berhampiran.
Dalam pada itu, ramai netizen mempersoal mengapa setiap kali video melibatkan entiti seram, pasti kualiti gambar video sangat teruk.
Menurut pemilik akaun yang memuat naik video itu, kualiti video kurang baik kerana ia dirakam pada waktu malam dan menggunakan fungsi zoom.
Tambahnya lagi, apabila menghadapi situasi seperti itu, zoom merupakan salah satu cara yang paling selamat tanpa perlu meletakkan diri sendiri dalam situasi yang berbahaya.