Benjamin Netanyahu sedih tindakan Iran balas balik serangan dari Tel Aviv membuatkan dia terpaksa menangguhkan perkahwinan anaknya.

Sebelum ini Tel Aviv memulakan serangan ke atas Iran dalam operasi yang disebut Operation Rising Lion. Di mana Tel Aviv menyatakan mereka mahu menggempur markas nuklear negara Parsi itu.

Namun begitu, Netanyahu sedih dan marah kerana Iran bertindak balas dengan menyerang Tel Aviv menyebabkan banyak kemusnahan.

Tel Aviv kemudian menyerang beberapa lagi kawasan di Tehran. Iran tidak berundur malah melancarkan serangan balas bertali arus dengan misil yang sukar untuk ditangkis iron dome.

iran balas balik

Netanyahu juga menuduh Iran sebagai sangat jahat sebab sesuka hati menyerang negara lain.

Terkilan tindakan Iran balas balik serangan itu, Netanyahu mengecam Iran sebagai iblis. Terutama sekali serangan yang dilancarkan Iran menghentam pusat kajian Sains, Weizmann Institute of Science.

Selain itu Netanyahu juga menggelar Iran sebagai sedang merosakkan kemajuan Sains yang penting untuk manusia sejagat.

Persoal tindakan Iran balas balik

Netanyahu dan Trump sebelum ini mahu Iran menyerah diri sahaja dan bukannya membalas balik serangan dari Tel Aviv. Namun Iran tidak peduli.

Netanyahu Gelar Iran Syaitan, Serang Negara Lain Sesuka Hati Dan Cuba Menghalang Kemajuan Sains Dunia

Lebih mengecewakan Netanyahu, tindakan Iran balas balik itu membuatkan dia dia terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan anak lelakinya buat kali kedua.

Bukan sahaja anak lelakinya sahaja yang kecewa, malah tunang anaknya dan juga isteri Netanyahu juga kecewa majlis itu sudah 2 kali ditangguhkan.

Netanyahu Terkilan Dan Kecewa Iran Balas Balik Serangan Mereka, Terpaksa Tangguh Majlis Perkahwinan Anak

Lebih lebih lagi keluarganya dan keluarga pengantin perempuan sudah mengeluarkan wang untuk majlis itu. Dia juga sepatutnya sudah bercuti untuk majlis tersebut namun terpaksa membatalkan cutinya.

“Setiap orang daripada kami menanggung kos peribadi dan keluarga saya tidak terkecuali,” kata Netanyahu yang sedih tidak dapat menyambut menantu dalam majlis perkahwinan anaknya, Avner – menurut laporan Kosmo.

Sebelum ini, Avner dan tunangnya merancang berkahwin November lalu. Namun ditangguhkkan kerana isu keselamatan.

Kini ianya sekali lagi dibatalkan atas sebab sama. Netanyahu salahkan Iran balas balik serangan ke atas mereka.