Benjamin Netanyahu menggelarkan Irann sebagai syaitan kerana menyerang negara lain sesuka hati mereka.

Netanyahu meninjau keadaan beberapa banguna di Tel Aviv yang musnah dan terutama sekali Weizmann Institute of Science, yang dihentam misil dari Parsi.

Netanyahu turut melabel Iran telah mengganggu pembangunan Sains dunia. Dia berkkata: “Ini adalah institut Weizmann yang terkenal di dunia, di mana ia menjadi makmal untuk kajian perbuatan dan genetik.

Menurut profesor Oren Schuldiner, institut kajian tersebut musnah sepenuhnya kerana serangan dari Iran.

iran

Netanyahu marah dengan tindakan Iran itu. Dia berkata: “Pusat kajian ini telah dihancurkan oleh misil daripada rejim syaitan [Iran]. Mereka cuba menghancurkan pembangunan ketamadunan manusia.

“Dan ini memang prinsip asas rejim ini. Mereka menghambakan dan menekan rakyat sendiri hampir 50 tahun – separuh abad.

netanyahu

“Iran adalah rejim pengganas di dunia yang tidak harus diberikan kebenaran untuk memiliki senjata nuklear. Dan inilah misi utama kami, untuk menyelamatkan diri daripada ancaman. Apa yang kami lakukan telah menyelamatkan banyak nyawa dan rakyat kami.”

Oleh itu Netanyahu memberikan amaran bahawa Iran akan membayar harga tinggi di atas tindakan mereka.

iran

Sebagai tambahan, institut pembangunan Weizmann ditubuhkan pada 1934, dinamakan sempena nama presiden pertama negara haram tersebut.

Institut ini berjaya memenangi 1 Anugerah Nobel Laureate, dan 3 Anugerah Turing Laureates menjadikannya sebagai institut yang digelar permata sains dunia.

Ini bukan pertama kali Netanyahu kecewa dengan serangan balas Iran. Kerana sebelum ini dia menuduh Iran sebagai pengganas kerana mensasarkan orang awam. Sambil mendakawa, IDF tidak pernah menyerang kawasan pertempatan awam.