Benjamin Netanyahu kutuk Iran yang menurutnya telah menyasarkan orang awam. Sementara menurutnya, IDF pula tidak pernah mensasarkan orang awam.

Netanyahu bengang dengan Iran yang sebelum ini melakukan serangan rambang ke bandar di Tel Aviv.

Iran
Serangan Iran ke atas Israel

Netanyahu kutuk Iran namun IDF sendiri buat hal

Netanyahu memberikan amaran bahawa Iran akan membayar jumlah yang besar kerana menyasarkan orang awam di Tel Aviv.

Dalam satu insiden terbaru, satu kawan pertempatan awam di Tel Aviv telah terkena misil. Ianya dituduh antara serangan daripada Iran.

Namun satu rakaman video menunjukkan bukan semua serangan itu daripaa Iran. Kerana ternyata ada peluru berpandu mereka sendiri yang telah menghentam kawasan mereka.

Peluru roket itu berlepas daripada tapak pelepasan dan hanya beberapa ratus meter kemudian terus menghentam kawasan berdekatan.

Ketika Netanyahu kutuk Iran serang kawasan orang awam mereka. Ternyata IDF turut melakukan perkara yang sama secara  tidak langsung.

Ianya adalah kesilapan diri mereka sendiri yang tidak cekap dalam mengendalikan misil tersebut sehingga memakan diri sendiri.

Netizen dengan segera menyindir negara haram tersebut: “Tidak lama lagi keluarlah kenyataan hasil risikan mereka, ternyata peluru berpandu mereka telah digodam oleh Iran. Ya! Salah Iran.”

Yang lain menyindir Tel Aviv dengan meme.

Netanyahu Kutuk Iran Serang Orang Awam, Ternyata Peluru Berpandu Sendiri Salah Sasaran Hentam Tel Aviv

Netizen ternyata tergelak mendengar Netanyahu mengecam Iran menyerang kawasan orang awamnya, sambil mendakwa itu tindakan bacul. Sedangakan selama ini IDF sudah banyak kali menyasarkan kawasan orang awam terutama sekali di Gaza.

Satu video menunjukkan Netanyahu memberikan taklimat: “Kita akan kawal udara Tehran namun jangan serang orang awam macam Iran.”

Iran ternyata tidak gentar dengan Isr**l dan sudah beberapa hari mereka berbalas serangan dengan IDF.

Donald Trump sudah mengingatkan Iran agar menyerah diri sahaja dan datang berunding: “Kerana kamu tak akan menang perang ini,” tegas Trump.

iran

Trump kini sedia untuk menghantar bantuan kepada sekutunya Netanyahu, dan sudah mengeluarkan amaran agar rakyat Iran mengosongkan Tehran.

Masyarakat dunia benar benar berharap perang antara Iran dan Is***l ini dihentikan segera. Dan kedua dua pihak dapat berunding mencari jalan damai.

Is***l sedang berusaha memujuk AS untuk menyertai mereka. Termasuk mengeluarkan kenyataan bahawa nyawa Donald Trump adalah sasaran utama Iran.