Netanyahu yakin dapat serang Iran tanpa bantuak neggaara lain. Is*ael dilaporkan mempertimbangkan untuk menyerang kemudahan nuklear di Iran walaupun tanpa sokongan rakan baik mereka Amerika Syarikat.
Negara haram itu masih belum menolak kemungkinan untuk melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran dalam beberapa bulan akan datang, walaupun Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat tidak akan menyokong langkah tersebut buat masa ini.
Netanyahu terkilan AS tidak sokong tindakan mereka
Ini kerana langkah itu dianggap sangat berisiko. Netanyahu dikatakan agak terkilan pendirian AS, namun yakin bahawa mereka boleh melakukannya tanpa bantuan AS.
Benjamin Netanyahu, berpendirian tegas bahawa sebarang rundingan nuklear dengan Iran mesti membawa kepada pembongkaran sepenuhnya program nuklear negara itu.
Is*el telah mencadangkan pelbagai pilihan serangan kepada pentadbiran Trump, termasuk serangan udara dan operasi komando berskala terhad yang bertujuan melengahkan keupayaan Iran untuk menghasilkan senjata nuklear.
Walaupun AS memilih laluan diplomatik dan enggan terlibat dalam tindakan ketenteraan buat masa ini. Namun Netanyahu sedang mempertimbangkan serangan berskala kecil yang mungkin tidak memerlukan sokongan ketenteraan penuh daripada Washington.

Netanyahu yakin dapat bergerak solo, namun desak AS berikan jaminan keselamatan
Namun Netanyahu mendesak AS agar memberikan jaminan keselamatan kepada mereka sekiranya Iran bertindak membalas balik serangan mereka. Ianya dengan meminta jaminan agar AS menggunakan kuasanya untuk membantu mereka jika itu berlaku termasuk kuasa veto mereka di PBB.
Pegawai kanan Iran memberi amaran bahawa sebarang serangan akan menerima tindak balas keras yang tiada penghujung daripada Tehran. Dalam masa yang sama, perbincangan diplomatik pusingan kedua antara AS dan Iran dijangka berlangsung di Rom.
Netanyahu juga menerima tentangan daripada pentadbiran Biden apabila mengemukakan cadangan serangan sebelum ini. Pegawai AS mempersoalkan keupayaan Isr*el untuk melaksanakan serangan berkesan tanpa sokongan penuh ketenteraan AS.
Namun kali ini Netanyahu yakin bahawa mereka sebenarnya boleh melakukannya walaupun AS tidak bersama dengan mereka.