Bermula hari ini, 14 November 2024, platform perkhidmatan penstriman filem dan rancangan TV terkemuka di Malaysia, Netflix telah menaikkan harga langganannya.
Menerusi kemas kini pelan & harga, harga langganan paling asas kini bermula serendah RM18.90 hingga premium mencecah RM62.90.
Baca Juga:
- Najib Razak Mahu Dokumentari Netflix ‘Man On The Run’ Dihenti Tayangan Di Malaysia
- Diadaptasi Daripada Manga, Tonton Trailer ONE PIECE Versi ‘Live Action’ Keluaran Netflix
- Mahu Elak Perkongsian ‘Password’, Netflix Malaysia Mulai Kenakan Caj RM13 Sebulan Untuk Akaun Tambahan
Berikut adalah harga terkini bagi setiap pelan langganan;
- Mudah Alih (Mobile): RM18.90/sebulan
- Asas: RM29.90/sebulan
- Standard: RM49.90/sebulan*
- Premium: RM62.90/sebulan*
*(Slot ahli tambahan boleh ditambah dengan harga RM13 setiap slot/sebulan)
Untuk perbandingan, harga langganan sebelum tarikh hari ini adalah berikut;
- Mudah Alih (Mobile): RM17/sebulan
- Asas: RM28/sebulan
- Standard: RM45/sebulan*
- Premium: RM55/sebulan*
*(Satu slot ahli tambahan RM13/sebulan)
Menerusi maklum balas pengguna Netflix di media sosial, rata-rata mengeluh dengan berita kenaikkan harga perkhidmatan penstriman berkenaan.
“Netflix pun ada kenaikan bahan mentah ke? Pening macam ini semua nak naik harga.
“Dah agak Netflix akan naik harga dekat Malaysia tapi tak sangka cepat sangat. Sebab negara Taiwan minggu lepas baru naik harga.
“Bende macam inilah buat orang tengok filem dekat saluran yang tak betul. Tolonglah win-win situation. Orang filem/platform sokonglah sikit orang awam. Barulah orang awam boleh sokong anda semua,” luah netizen.
Warganet tidak menolak ekoran jumlah pengguna di Malaysia meningkat dan kepelbagaian peranti untuk mengakses Netflix yang semakin meluas menjadi salah satu faktor perkhidmatan penstriman menaikkan harganya.
Selain Netflix, difahamkan harga langganan YouTube Premium juga dinaikkan baru-baru ini.