Ada segelintir pihak yang gemar menjadikan jalan raya sebagai litar untuk mereka berlumba atau test power kemampuan kereta yang dimiliki. Lumba di jalanan adalah salah di sisi undang-undang kerana ia boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.

Dalam perkongsian video oleh seorang pengguna Facebook bernama Azman Nor, beliau memuat naik video dashcam dari salah satu kereta yang didakwa sedang berlumba.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Rakannya yang menaiki kereta berwarna putih dilihat hilang kawalan ketika di satu selekoh dan berlanggar dengan sebuah Proton Wira dari arah bertentangan.

Komen
Antara komen daripada netizen berkenaan kemalangan ini

Berdasarkan komen di ruangan posting ini, ramai yang bersetuju jalan raya bukanlah tempat yang sesuai untuk berlumba dan memberi cadangan sekiranya mahu berlumba, lebih baik untuk para pemilik kereta mewah menyertai sirkit perlumbaan kereta seperti MSF Touge Series yang halal dan sah di sisi undang-undang.

Saudara Azman Nor sendiri mengesyorkan untuk menyertai perlumbaan di MIMC Ayer Keroh Melaka bulan hadapan yang pastinya mementingkan aspek keselamatan serta tidak membahayakan nyawa orang lain. Apa hukuman yang terbaik bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi di masa akan datang?

Walau hebat manapun kereta anda, jalan raya awam bukanlah litar untuk perlumbaan. Ini pula kes gadis berusia 17 tahun yang dihadapkan ke mahkamah kerana membuat aksi Superman ketika menunggang motosikal.

Padah Tunggang Motor Dengan Aksi Superman, Gadis Berusia 17 Tahun Ditahan Polis

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor