Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa pandangan anda mengenai mereka yang pernah masuk penjara?

Pasti ada daripada anda yang beranggapan mereka yang pernah masuk penjara tidak mungkin boleh berubah dan akan ada yang berfikir sebaliknya. Tiada siapa yang mampu mengawal pemikiran anda melainkan anda sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Adakah anda masih ingat akan satu kes pada tahun 2015, dimana seorang pelajar genius Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara kerana miliki imej dan video lucah kanak-kanak di London?

Untuk pengetahuan anda, pelajar tersebut iaitu Nur Fitri Azmeer Nordin yang telah menjalani hukuman penjara selama 9 bulan telah pulang ke Malaysia setelah selesai menjalani hukuman tersebut.

Terbaharu, kisah dan namanya menjadi buah mulut netizen di laman sosial. Malah, ada yang berkongsi keberadaan dan ada segelintir netizen yang kurang selesa dan suka dengan perkongsian tersebut.

https://twitter.com/patenrazali/status/1164082169389572096

Nur Fitri Azmeer Nordin dikatakan sedang giat menghabiskan pendidikannya di UKM dan pastinya peluang belajar yang dia dapat membuatkan ada segelintir tidak berpuas hati. Malah, ada yang mengatakan bahawa dia tidak patut diberi peluang kedua atas kesalahan yang telah dilakukan.

Akan tetapi, ada juga yang mengatakan bahawa wajar tindakan UKM memberikan peluang kepada dia kerana manusia boleh berubah. Mungkin setelah dipenjara sebelum ini, dia telah berubah dan tidak lagi melakukan perkara tersebut.

https://twitter.com/AIiciaIz/status/1164633226972811264

Walau bagaimanapun, pihak UKM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. Apa pandangan anda untuk isu ini? Bantah atau beri peluang kedua?