Jika anda seorang yang meminati arena teknologi, pastu mengetahui akan kehadiran YouTuber teknologi terkenal yang dikenali sebagai Linus Tech Tips ke Kuala Lunpur pada bulan lalu.

Malah, tular gambar beliau bersama peminat yang bergambar di sekitar hub jualan barangan teknologi di Plaza Low Yat dan sudah semestinya ramai menantikan video yang mempamerkan pengalaman sepanjang berada di sini.

Video yang baru dimuat naik pada hari semalam langsung menjadi perhatian bagaimanapun satu perkara yang membuatkan ramai naik darah apabila sebahagian kedai komputer cuba menipu harga barangan yang dijual kepada YouTuber terkenal itu.

Difahamkan beliau sedang mencari kabel mikro HDMI ke HDMI dan sedia pergi sebuah kedai komputer berdekatan di dalam plaza tersebut.

Bagaimanapun, hajatnya terbatal sebaik mengetahui harga yang dicaj adalah tidak masuk akal untuk barangan eletronik yang kecil itu.

Beliau mendakwa pihak kedai telah menawarkan kabel berkenaan pada harga setinggi $40 bersamaan RM176.77 dan didapati lebih daripada harga pasaran yang sepatutnya.

Linus Tech Tips langsung menolak penawaran itu kerana berpendapat ia terlalu mahal dan tidak tahu sama ada harga yang dikenakan itu adalah normal bagi pelancong susulan cukai duti atau seumpamanya.

Ekoran senario tersebut, netizen Malaysia menerusi sejumlah media sosial membidas tindakan kedai komputer di Plaza Low Yat bukan sahaja cubaan mengecaj yang harga yang mahal terhadap YouTuber tersebut malahan sudah menjadi praktis biasa di dalam jualan seharian

“Kedai yang sama tu pernah tipu saya masa beli penapis air. Dia bagi yang palsu! Saya ugut nak adu dekat pengurusan baru mereka nak bagi balik duit saya. Dulu kedai tu nama lain, tak hairanlah kalau pemiliknya masih orang yang sama,” tulis seorang netizen.

Malahan, ada yang berkongsi mengalami nasib yang sama apabila berurusan dengan kedai yang dikunjungi oleh YouTuber tersebut yang mendakwa dia menerima barangan palsu.

“Aduh, tadi saya dekat kedai, ambil kabel Type C ke Type C, ada label harga RM2. Saya ingat nak beli lima lah. Masa nak bayar, orang kedai tu cakap, “Eh, bukan bukan, ini RM20. Harga yang label tu untuk kedai punya,” kongsi seorang netizen.

Selain itu, ada yang mendedahkan segelintir penjual juga sepertinya sengaja meletakkan harga yang salah tetapi sewaktu mahu dibayar di kaunter pula memperlihatkan harga sebenar yang mencecah sekali ganda.

Berdasarkan semak kami, harga kabel HDMI ini hanyalah sekitar RM10 sehingga RM30 dan yang berjenama boleh mencecah RM100.