Setiap kali bulan Ramadan tiba, surau dan masjid bakal melimpah dengan kehadiran para jemaah yang tidak mahu melepaskan peluang menunaikan solat terawih.
Antara isu yang kerap terjadi semasa solat terawih apabila kenderaan jemaah yang menunai 8 rakaat dihalang oleh jemaah yang membuat 20 rakaat.
Baca Juga:
- Ribuan Muslim Amerika Hadir Solat Terawih Perdana Yang Diadakan Di Times Square New York
- Utamakan Ibadah, Produksi Sheila Rusly Dipuji Solat Terawih Secara Berjemaah Di Pusat Boling
- Tular Solat Terawih 23 Rakaat Dalam Masa 6 Minit, Majlis Ulama Indonesia Turun Beri Nasihat
Hal ini menyebabkan jemaah yang sudah siap, tidak boleh pulang awal.

Oleh sebab itu netizen mencadangkan pihak surau dan masjid untuk menyediakan ruang parkir khusus yang mengasingkan jemaah ‘Terawih 8’ dan ‘Terawih 20’.
Warganet berharap dengan adanya ruang parkir khusus dapat menjadi jalan penyelesaian isu yang sering terjadi setiap tahun.
Antara masjid yang sudah melaksanakan ruang parkir khusus itu adalah Masjid Wilayah.
Menerusi hantaran Threads @klfoodiediary, masjid tersebut telah memecahkan beberapa ruang parkir mengikut zon. Jadi jemaah boleh terus menuju ke ruangan parkir khusus untuk memudahkan urusan masuk-keluar masjid.
Netizen menegaskan isu ini boleh dikurangkan dengan kerjasama dan sikap tolenrasi antara jemaah dan pengurusan surau, masjid.