Semalam kecoh di media sosial apabila seorang individu yang juga seorang guru membuat kenyataan menghina pemergian 15 pelajar UPSI dalam nahas jalanraya.

Menurutnya, penuntut UPSI yang meninggal dunia itu, berada dalam keadaan hina kerana ada  hutang PTPTN. Dia malah menganggap kesemua pelajar tersebut berada di neraka.

Netizen Doakan Cikgu Kembali Sihat Selepas PTPTN Umum Hutang Pelajar UPSI Maut Dilupuskan

Netizen kecewa dengan kenyataan guru tersebut. Ada menyatakan bahawa hutang PTPTN Itu tertakluk kepada insuranns takaful.

Selain itu netizen lain menegaskan, PTPTN akan melupuskan hutang pelajar atau peminjam yang meninggal dunia.

Ada juga yang mengingatkan cikgu tersebut, dia harus menyemak  fakta dan kesahihan dakwaannya dahulu sebelum membuat tuduhan yang berat.

Malah ada yang bertanya kalau dia sudah mengambil ubat? Ini kerana sebelum ini  dia mengakui mengalami gangguan skizofrenia.

UPSI

PTPTN lupuskan hutang pelajar UPSI yang maut

Selepas itu PTPTN mengumumkan bahawa hutang kesemua pelajar yang meninggal dunia dalam nahas tersebut dilupus dan dimaafkan berdasarkan dasar sedia ada.

Dan tidak lama selepas itu, cikgu tersebut tampil membuat permohonan maaf terbuka menerusi Facebook miliknya.

Dia berkata: “Di sini  saya ingin memohon maaf terhadap insiden yang berlaku kepada pelajar UPSI. Semoga mereka ditempatkan bersama orang orang beriman dan mendapat Husnul Khotimah.”

Netizen Doakan Cikgu Kembali Sihat Selepas PTPTN Umum Hutang Pelajar UPSI Maut Dilupuskan

Netizen doakan cikgu cepat sembuh

Netizen seterusnya mendoakan agar cikgu tersebut kembali sihat, dan tidak langkau sesi rawatannya.

Ramai yang berkongsi pengalaman memiliki kenalan atau orang terdekat yang ada skizofrenia, menurut mereka, golongan ini memang suka melakukan perkara yang mengejutkan dan ‘merapu’.

Netizen Doakan Cikgu Kembali Sihat Selepas PTPTN Umum Hutang Pelajar UPSI Maut Dilupuskan

Malah mereka boleh melakukan tindakan yang lebih teruk daripada itu.

Netizen Doakan Cikgu Kembali Sihat Selepas PTPTN Umum Hutang Pelajar UPSI Maut Dilupuskan