Nama Kim Kardashian tidak lagi perlu diperkenalkan dan pastinya ramai sudah mengenali diri beliau. Terbaharu, menjadi buah mulut netizen apabila Kim Kardashian memuat naik gambar ‘photoshoot’ beliau mengenakan koleksi SKIMS baharu di Twitter miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, koleksi itu akan tersedia di pasaran pada 21 Mei 2020 ini dan terdapat 5 pilihan warna untuk anda dapatkan.
I shot this myself on photo booth — Coming soon: @SKIMS Summer Mesh — a collection of easy and effortless pieces made for warm weather. Available in 5 colors and in sizes XXS – 4X on Thursday, May 21 at 9AM PST / 12PM EST. pic.twitter.com/z8RFQ64z0i
— Kim Kardashian (@KimKardashian) May 18, 2020
Akan tetapi, bukanlah koleksi tersebut menjadi buah mulut orang ramai tetapi cara photoshoot beliau dikatakan persis seperti photoshoot dilakukan oleh Jennie Blackpink. Kami kongsikan gambar Jennie Blackpink untuk anda lihat dan nilai sama ada sama atau tidak.
Oleh itu, rata-rata netizen telah membanjiri perkongsian Kim Kardashian dengan mengatakan bahawa Jennie Blackpink melakukan photoshoot seperti itu dahulu dan lebih baik berbanding Kim Kardashian lakukan.
https://twitter.com/yeontaegipop/status/1262466031211118596
https://twitter.com/cockm0ss/status/1262470290283597824
Apa pula pendapat anda apabila melihat gambar photoshoot Kim Kardashian dan Jennie Blackpink? Bagi anda mana satu lebih menarik?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Kardashian dan Blackpink yang pernah disiarkan di The Vocket. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Kim Kardashian Dikecam Kerana Pilih Nama ‘Kimono’ Untuk Koleksi Pakaian Dalam
Penangan Jennie Dan Jisoo Blackpink, Super Ring Kini Laris Di Korea
Jennie Blackpink Tolak Permintaan Swafoto Peminat Yang Gunakan iPhone