Pada ketika ini, pengguna media sosial terutamanya di TikTok rancak membuat pelbagai jenis konten yang berfaedah. Namun, ada segelintir yang dilihat sengaja menghasilkan konten kosong yang pada masa yang sama, menyusahkan orang lain.

Terkini, video seorang pengguna Ford Mustang tular apabila beliau dilihat berhenti di tengah jalan bersama rakan-rakan Ford Mustang yang lain di satu lokasi jalan di Kuala Lumpur. Beliau mendakwa keretanya ‘habis minyak’ dan dalam keadaan mahu mengisi minyak sambil ‘dibantu’ oleh rakannya.

https://twitter.com/AbangDon__/status/1496924645789880320

“Minyak habis lah bro. Bulan ni pokai, bayar road tax sahaja dah RM20,000 bro,” kata pemilik Mustang tersebut. Namun, netizen yang melihat video berkenaan meragui kesahihan kata-kata pemuda itu kerana beberapa perbuatannya tidak menunjukkan beliau sedang berada dalam situasi keretanya habis minyak.

Beberapa netizen turut berkongsi ‘kesalahan’ yang ada dalam video tersebut. Pertamanya, botol minyak yang digunakan dalam video berkenaan adalah botol minyak hitam dan kandungan petrol yang boleh diisi adalah sangat sedikit. Keduanya, tidak kelihatan corong minyak sekiranya beliau betul-betul mahu mengisi minyak.

Ketiga, di akhir-akhir rakaman dapat dilihat dia menutup kembali botol minyak tersebut dan tidak meneruskan niat untuk mengisi minyak keretanya. Keraguan-keraguan ini menyebabkan netizen menuduh pemilik Mustang ini berhenti di tengah jalan semata-mata untuk rakam konten di TikTok sahaja.

antara komen netizen di tiktok

Berdasarkan komen seorang pengguna TikTok bernama Shah, perbuatan menghalang lalu lintas secara sengaja merupakan satu kesalahan dan boleh dikompaun oleh pihak polis.

Namun sekiranya betul kereta tersebut kehabisan minyak, semoga ia jadi pengajaran berguna buat pemilik Mustang berkenaan untuk mengisi penuh minyak terlebih dahulu sebelum berkonvoi ke mana-mana.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada pengguna lebuh raya supaya tidak berhenti di Jalan Temiang atau berdepan hukuman berat. Baca lagi pada pautan di bawah.

Jangan Berhenti Di Lorong Kecemasan Jalan Temiang Atau Berdepan Hukuman Penjara 6 Bulan

Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

‘Kos Tersembunyi’ Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Memiliki Ford Mustang