Duta Is***l ke Amerika Syarikat, Danny Danon sedih dan kecewa tindakan Iran menyerang hospital  di Tel Aviv. Ini kerana menurutnya, perbuatan itu tidak boleh diterima dan ganas.

Danny Danon akui dia segera menyeru PBB untuk mengadu tentang salah laku yang dibuat Iran tersebut.

Dia berkata: “Sama sama kita doakan keselamatan pesakit dan juga staf kesihatan di Hospital Soroka, yang menderita kerana serangan misil Iran yang terus menghentam mereka.

“Ini adalah pelanggaran yang besar ke atas undang undang antarabangsa oleh Iran. Di mana mereka melancarkan misil dengan mensasarkan pusat pertempatan orang awam.

“Saya segera menyeru Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk serta merta mengutuk keganasan Iran ini. Kita tidak akan benarkan rejim pengganas mengancam rakyat Is***l.

“Rejim Iran akan membayar harga yang tinggi di atas pencerobohannya yang semakin tidak terkawal.”

Kenyataan duta tersebut dianggap hipokrit. Terutama sekali selepas apa yang dilakukan Is***l sebelum ini ke atas Gaza. Di mana mereka menceroboh dan turut meletupkan hospital.

Sebelum ini IDF menyerang beberapa hospital di Gaza dengan menuduh hospital hospital tersebut menjadi markas persembunyian Hamas.

Tiada siapa pun pihak dari Tel Aviv yang menyebut tentang undang undang seperti itu pada sebelum ini.

Dan ada yang menyindir: “Warga Is***l kenal undang udang selepas mengebom 36 hospital di Gaza.”

Sebelum ini Netanyahu menyelar tindakan Iran yang dianggap telah menyerang kawasan awam. Tidak lama selepas itu, misil dari Tel Aviv sendiri hilang kawalan dan menghentam kawasan penduduk awam di kawasan tersebut.

Netanyahu Kutuk Iran Serang Orang Awam, Ternyata Peluru Berpandu Sendiri Salah Sasaran Hentam Tel Aviv

Konflik antara Tel Aviv dan Tehran terus tegang. Dengan presiden A.S. Donald Trump sudah meminta Tehran menyerah diri sahaja kerana mereka tak akan menang pertempuran ini.