Pada akhir bulan April lalu, tular kisah seorang budak perempuan Rohingya melakukan kekasaran di sebuah kedai.
Terbaharu, budak yang sama mengundang rasa kurang senang netizen apabila dia membuang kek batik Sarawak yang diberikan oleh wanita.
Baca Juga:
- Rakyat Malaysia Kesal Lihat Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
- Budak Rohingya Minta Duit Secara Kasar Bikin Ramai Panas Hati
- Anak Kecil Warga Rohingya Jadi Mangsa Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia
Menerusi video dimuat naik TikTok @sapimonyanyoo_3, budak perempuan itu datang mengetuk tingkap dan pemandu membukanya.
@sapimonyanyoo_3 Replying to @Mira cp problem
Seperti ayam bercakap dengan itik, budak Rohingya menyebut ‘makan’ lalu menunjukkan sebuah bekas berisi potongan kek batik Sarawak.
Apabila pemandu kereta memberikan kek itu kepadanya, budak perempuan tersebut meluahkan dan membuang kek ke atas jalan.
“Hei jangan buang, mahal tau,” respon wanita itu selepas terkejut melihat tindakan budak Rohingya itu.
Wanita itu pun menutup tingkap, enggan terus melayan budak Rohingya berkenaan.
Hantaran video itu mendapat lebih 3 juta tontonan dalam tempoh dua hari.
Ramai memberi respon menegur wanita itu untuk tidak ‘berani’ melayan budak Rohingya bimbang diapa-apakan.
Pada masa sama netizen bimbang jika budak Rohingya itu membawa lari barangan berharga yang ada dalam kereta selepas tingkap dibukakan.