Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) hanya akan berakhir hujung bulan ini, netizen mula menggesa kementerian bertanggungjawab untuk menghantar pulang pelajar-pelajar IPT yang masih berada di kampus masing-masing.
Perdana Menteri pada semalam mengumumkan PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu akan dilanjutkan sehingga 28 April ini.Pengumuman itu sekaligus menyaksikan para pelajar terpaksa berada di kampus sehingga lebih dari sebulan sejak ia dilaksanakan.
Walaupun menyedari perkara itu boleh membawa kepada risiko penularan, namun sebahagian besar netizen berpendapat pelajar IPT tempatan harus diberikan kelonggaran untuk pulang ke kampung sepertimana yang dilakukan kerajaan kepada warganegara dan penuntut yang dibawa pulang dari luar negara.
https://twitter.com/syaarhmn_/status/1248643657948790785?s=20
https://twitter.com/yamin7901/status/1248167294775128065
https://twitter.com/IniAlannn/status/1248485845675343873
3. Buat saringan dan ujian kesihatan kepada setiap pelajar.
4. Jika kesihatan pelajar dalam keadaan baik. Hantar pulang pelajar menggunakan bas universiti/chartered secara berperingkat.
5. Penyedia bas dan pelajar wajib diberikan taklimat dan SOP oleh KKM .
— Naim M. l Performance Marketer (@muhdnaimmustafa) April 10, 2020
Dapat perhatian menteri dan ahli parlimen
Cadangan untuk membawa pulang pelajar IPT yang berada di kampus ini bukan saja hangat diperkatakan netizen tetapi turut mendapat pihak kementerian dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq.
Syed Saddiq melalui beberapa ciapan yang dibuat di Twitter berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan memulakan misi menghantar mahasiswa pulang ke kampung halaman masing-masing.
Saya percaya sudah tiba masanya untuk kerajaan memulakan misi menghantar pulang mahasiswa secara berperingkat di seluruh negara.
Saya pasti bahawa kerajaan boleh melaksanakan perkara ini. Proper screening and medical SOP have to be done before our students are allowed home.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 10, 2020
Beliau dalam ciapannya itu juga turut mencadangkan jalan terbaik bagi pihak bertanggungjawab melaksanakan permintaan itu dengan menggariskan tiga perkara yang harus dinilai sebelum membuat keputusan itu.
3. KPT perlu kemas kini & maklumkan status terkini dengan segera kepada pelajar dan ibu bapa berkenaan kebajikan dan prosedur pulang ke rumah.
Maka, besarlah harapan saya agar pihak kerajaan dapat membantu mahasiswa tempatan kita untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 10, 2020
Selain daripada Syed Saddiq, Menteri Pengajian Tinggi Dr. Noraini Ahmad juga mengumumkan pihaknya akan melakukan sesuatu berkenaan isu tersebut.
Menerusi satu hantaran di Facebook, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama kabinet pada hari ini (Sabtu).
Jika melihat kepada perhatian yang diberikan pihak berwajib seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan bekas menteri belia dan sukan ini, diharapkan isu pelajar yang masih berada di kampus ini dapat diselesaikan dengan segera.
Bagaimanapun, pihak -pihak terlibat perlu memikirkan mekanisme terbaik bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku daripada proses menghantar pulang pelajar-pelajar ini seperti penularan virus COVID-19 ini.
Baca perkongsian lain kami mengenai COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Terima Pelbagai Reaksi Daripada Netizen
Perintah Kawalan Pergerakan Sah Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020
Mafia Ambil Kesempatan, Tawar Makanan Dan Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Rakyat Itali