Bersempena sambutan hari raya kali ini, sejumlah jenama terkemuka telah memanggil influencer dari negara jiran untuk melakukan kempen promosi yang megah dan unik.

Jadi, meratalah para influencer Indonesia yang boleh dijumpai di restoran popular kerana mereka mahu mencuba masakan tempatan yang biasa dimakan orang ramai.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi satu video yang merakam sosok figura influencer Indonesia bernama Fuji berada di restoran Nasi Lemak Burung Hantu.

Kelihatan Fuji bersama pengasas Hijabistahub sedang beransur keluar dengan tenang tanpa dihiraukan oleh pelanggan lain yang majoritinya adalah warga lokal Malaysia.

Yang merakam dipercayai adalah warga Indonesia yang kebetulan berada di situ dan meluahkan rasa seronok dapat bertemu bintang influencer wanita tersebut kerana di negaranya hampir mustahil untuk melihat sedekat itu.

@nisa_23088

Ketemu si cantik😍imut @Fujiiian #nasilemakburunghantu #kualalumpurmalaysia

♬ suara asli – Mega – Bunda Kk

Video berkenaan telah mengundang pelbagai respon dari warga Indonesia dan Malaysia juga menerusinya.

Sebahagian netizen dari negara jiran meluahkan rasa terkejut dan dalam masa hairan melihat kelakuan rakyat Malaysia yang sangat tenang meskipun menemui individu terkenal malahan mengganggap ia sebagai satu kerugian tidak cuba mendekati atau bergambar dengannya.

Influencer
Sumber Gambar: TikTok

Malah, mereka turut mendedahkan perkara yang sebaliknya jika berlaku di negara Indonesia yang mana pasti warga setempat akan kerumun influencer terbabit sehingga boleh menjadi sesak di sesuatu tempat.

Sementara itu, netizen Malaysia pula berpendapat rakyat setempat memang tidak gemar melakukan perkara itu kerana percaya ia bakal mengganggu privasi seseorang apatah lagi artis atau individu terkenal sudah pasti mahu berehat dari perhatian media dan bersendirian ketika di tempat awam.

Di samping itu, netizen tempatan turut merasakan mungkin juga sebab Fuji tidak terlalu terkenal di sini maka tidak menimbulkan keinginan untuk mengambil gambar influencer terbabit.

Oleh itu, ada sebahagian netizen Indonesia menyimpulkan negara Malaysia bukan sahaja didiami oleh warga setempat yang bertimbang rasa malahan sangat sesuai buat para artis untuk bercuti untuk melepaskan lelah penat sambil menikmati segala nikmat makanan dan juga tempat peranginan yang menarik.