Berita rasmi Porsche bakal membuka kilang pemasangan CKD di Malaysia semalam telah membuat orang ramai berkongsi seribu satu pendapat. Ada netizen yang menerima perkhabaran tersebut sebagai satu berita baik, ada pula sebaliknya.

Berita tersebut bukan sahaja mendapat liputan hangat daripada warga tempatan, bahkan ia turut menjadi perbualan orang ramai dari seluruh dunia, termasuklah negara jiran, Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya berita tersebut tidak disenangi oleh segelintir netizen Indonesia sehingga mereka meninggalkan pelbagai komen membandingkan kejayaan negara tersebut berbanding negara Malaysia di dalam industri automotif.

Ada juga mengatakan Malaysia ‘ketinggalan zaman’ kerana dunia automotif sudah mula beralih kepada penggunaan elektrik seperti mana Tesla bercadang mahu membangunkan tenaga bateri elektrik di negara mereka pada awal Februari lalu.

vocket-indonesia-pertikai-porsche-malaysia-5
Sumber Gambar: Facebook CNN Indonesia
vocket-indonesia-pertikai-porsche-malaysia-4-1
Sumber Gambar: Facebook CNN Indonesia
vocket-indonesia-pertikai-porsche-malaysia-8
Sumber Gambar: Facebook CNN Indonesia
vocket-indonesia-pertikai-porsche-malaysia-3-1
Sumber Gambar: Facebook CNN Indonesia
vocket-indonesia-pertikai-porsche-malaysia-2-1
Sumber Gambar: Facebook CNN Indonesia
vocket-indonesia-pertikai-porsche-malaysia-1-1
Sumber Gambar: Facebook CNN Indonesia

Walaupun majoriti meninggalkan komen yang negatif, tetapi masih ada netizen Indonesia yang berfikiran positif dan mengajak rakyat senegaranya agar mempelajari sesuatu daripada pelaburan jenama kereta mewah Jerman di negara Malaysia.

Semoga apabila Porsche memulakan operasi secara rasmi pada tahun hadapan, kita semua dapat bersatu buktikan kepada dunia bahawa pilihan Porsche untuk membuka kilang di Malaysia adalah tepat dan memberikan manfaat peluang pekerjaan kepada orang ramai, seterusnya kita mampu berdaya saing ke peringkat antarabangsa.

Baca lebih lanjut ringkasan pengumuman rasmi Porsche mengenai pembukaan kilang di Malaysia pada tahun hadapan melalui pautan di bawah.

Porsche Sahkan Bakal Buka Kilang Di Kulim Pada 2022

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

Sumber