Setiap wang kertas mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Keunikkan itulah yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam membezakan wang kertas asli dengan palsu.

Baru-baru ini warganet berkongsi rasa kagum apabila melihat pelbagai elemen tersorok yang ada pada wang kertas Malaysia yang tidak perasan sebelum.

Baca Juga:

Menerusi hantaran Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mendapati terdapat perkataan halus pada lukisan bahagian tengkolok wang kertas RM20 itu – Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad.

Perkataan itu dapat lihat selepas gambar itu ditangkap mengunakan telefon pintar yang mempunyai kebolehan merakam ‘zoom’ gambar butiran berkualiti tinggi.

Perkongsian itu turut dipersetujui oleh ramai warganet yang lain dan ramai ‘mengeluarkan’ telefon pintar masing-masing untuk mencari elemen-elemen yang tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar.

Banyak elemen tersorok dijumpai pada wang kertas Malaysia

Antara beberapa elemen lain yang ditemui seperti tulisan nombor halus dalam nombor wang kertas RM20, perkataan BNM RM1 pada wang satu ringgit, imej orang pada RM50 dan pelbagai lagi.

Tak Boleh Lihat Mata Kasar, Netizen Kagum Lihat 'Detail' Elemen Tersorok Pada Wang Kertas Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Shafi Inas
Tak Boleh Lihat Mata Kasar, Netizen Kagum Lihat 'Detail' Elemen Tersorok Pada Wang Kertas Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Ahmad Ashraff Hashim
Tak Boleh Lihat Mata Kasar, Netizen Kagum Lihat 'Detail' Elemen Tersorok Pada Wang Kertas Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Pja Ahmad

Orang ramai turut menzahirkan rasa hormat kepada ketelitian para pereka yang kreatif dalam penghasilan wang kertas Malaysia yang mempunyai pelbagai keunikannya yang tersendiri.

Difahamkan dengan ada elemen-elemen tersorok ini dapat mengurangkan risiko cetakan duit palsu.

Pada masa sama ia turut mencerminkan sejarah, keunikan, dan nilai patriotik sesuatu negara.

Kesemua elemen ini menjadikan wang kertas bukan sekadar alat transaksi, tetapi juga satu bentuk perlindungan, identiti, dan kemudahan untuk masyarakat.

Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.

Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.

#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan