Jika kita dahulu mahu belajar coding sewaktu di sekolah rendah, sudah memadai dengan menggunakan komputer riba bajet sahaja. Tetapi dengan kehadiran komputer riba premium seperti MacBook sudah pasti didambakan oleh semua orang.

Dengan perkembangan teknologi semasa, sebuah kelab coding persendirian, CIY.Club Malaysia di Kota Kinabalu memperlihatkan sebuah video bagaimana para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah SJKC menggunakan MacBook untuk mempelajari coding.

@

♬ –

Dengan komputer riba semewah itu, sudah pasti menarik perhatian netizen yang rata-ratanya rasa kagum dengan fasiliti yang digunakan oleh pelajar tersebut. Malah, ramai yang berkongsi kenangan mereka sewaktu ketika dahulu yang hanya menggunakan komputer riba bajet yang berspesifikasi rendah.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Difahamkan pihak CIY.Club Malaysia merupakan sebuah kelab coding persendirian yang sedia menawarkan pembelajaran berkaitan coding untuk peringkat sekolah. MacBook dan juga sambungan WiFi diberikan untuk kemudahan pembelajaran buat para peserta.

Sebenarnya semakin ramai yang cakna tentang kepentingan mempelajari ilmu teknologi seperti coding kerana bakal menjadi salah satu sumber pemacu sesebuah pemodenan negara. Pembelajaran ilmu sebegini memang wajar dipupuk sejak dari bangku persekolahan kerana lebih mudah untuk menyerap ilmu yang dipelajari.

Sumber