Netizen mengecam pempengaruh Ryzal Ibrahim yang dituduh telah memuat naik lawan double meaning ketika isterinya berkongsi tentang cara memilih tembikai.

Lebih mengejutkan apabila Ryzal menggunakan isteri dan anaknya sendiri sebagai bahan jenaka dalam lawan double meaning dan dilabel berbaur kelucahan itu.

Dalam video tersebut, isteri Ryzal, Maryam Younarae sedang bersembang dengan elok kepada suaminya itu. Dia menjelaskan tentang tips memilih temnbikai yang sedap dan manis.

Maryam berkata, dia akan melihat garisan pada tembikai itu. Di mana semakin besar garisan, maka semakin sedap dan manis tembikai tersebut.

Maryam juga menyatakan bahawa, saiz bulatan yang lebih besar di bahagian bawah tembikai juga dipercayai boleh digunakan sebagai ukuran kesedapan tembikai itu.

Ryzal kemudian menepuk nepuk tembikai tersebut dan memilih tembikai yang dia rasa sedap menerusi bunyi.

Maryam menegaskan bahawa, ada cara lebih bagus untuk memilih tembikai yang yang manis dan sedap.

Maryam berkata: “Kalau line nipis atau tebal macam ni, yang besar lagi sedap. Dan satu lagi, size bulatan yang lebih besar yang ada dekat bawah tembikai adalah tidak sedap berbanding yang kecil, sedap.”

Malang sekali tindakan Ryzal Ibrahim yang dipercayai membuat lawak dewasa yang double meaning dianggap telah merosakkan keadaan. Netizen tergamam dengan tindakan Ryzal yang menggunakan isteri dan anaknya untuk lawan dark joke itu.

Dia kelihatan menyampuk isterinya dan berkata: “Ni sedap ni, ni nampak cantik… Rina punya. Ni macam Maryam punya.”

Maryam agak terkejut dengan lawak suaminya itu namun dia masih tenang dan meneruskan bahawa, kalau netizen mahu memilih tembikai, lihat pada garisan dan juga saiz bulatan di bahagian bawah buah tembikai.

Di X, netizen mengecam Ryzal sebagai ‘try hard’ nak buat lawak walaupun sanggup membuat lawak berbaur kelucahan.

Ada yang menulis: “Maryam ni dah elok elok, dapat pula laki bodoh piang sibuk buat “jokes” double meaning macam ni. dengan makanan pun nak sexualised.”

Di ruangan komen, netizen juga menghentam Ryzal Ibrahim dan menyatakan lawak seperti itu tidak sesuai langsung dimuat naik di media sosial terutama sekali melibatkan anak dan isteri sendiri.

Netizen Kecam Influencer Ryzal Ibrahim Yang Dituduh Membuat Lawak 'Double Meaning' Guna Isteri Dan Anak Sendiri