Netizen geram tengok gelagat Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Rosli Sulaiman yang dianggap sanggup turun padang cari salah DBKL.

Rosli mewakilli persatuan penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur, mendesak agar DBKL menyerahkan kembali hak pengurusan Bazaar Ramadan kepada Persatuan Penjaja.

Seperti yang diumumkan tahun lalu, DBKL akan mengambil alih kesemua urusan pengendalian dan pengurusan Bazaar Ramadan termasuk pendaftaran dan penyelenggaraan.

Sejak 2013, DBKL memberikan mandat kepada persatuan penajaja atau pihak ketiga. Namun oleh kerana terlalu banyak rungutan berkaitan dengan ketelusan pengurusan Bazaar Ramadan, maka DBKL mengambil alih pengurusaan tersebut.

dbkl
FOTO: Portal Wilayahku

Namun Datuk Seri Rosli Sulaiman telah menuduh DBKL gagal dalam pengurusan Bazaar Ramadan kali ini. Dan mendesak agar hak pengurusan itu dikembalikan kepada persatuan penjaja.

Beberapa hari lalu, Rosli menuduh DBKL telah membuatkan Bazaar Ramadan di Kuala Lumpur telah dikuasai kartel dan broker.

Dan kemudian dia telah menuntut hak persatuan penjaja untuk kembali mengendali dan menguruskan Bazaar Ramadan.

Rosli berkata: “Kalau jiwa itu tiada nak membantu lebih baik jangan jadi Menteri Wilayah [Persekutuan Kuala Lumpur]. Bagilah kepada orang lain yang mempunyai jiwa yang  membantu masyarakat yang ada dalam Kuala Lumpur ini.

“Kenyataan saya 3 minggu lepas, sekiranya DBKL gagal, maka kita akan tuntut dan ambil balik pengurusan Bazaar Ramadan bersama dengan persatuan persatuan [berkaitan].”

Komen tersebut segera dibalas oleh netizen. Harun Mohd Shah telah memberikan komen di mana dia kehairanan dengan semangat presiden persatuan penjaja yang sanggup turun padang cari salah DBKL.

@harunmohdshah

Balik Tapak Bazar Dari Dbkl #dbkl #viral

♬ original sound – harunshah1991 – harunshah1991

Ada yang mempersoalkan sama ada presiden penjaja adalah pemilik kepada tanah tapak niaga Bazaar Ramadan? Kenapa dia beriya menuntut hak?

Seterusnya ada juga yang menegaskan bahawa sejak DBKL mengambil alih, peniaga hanya membayar sewa RM500 yang sangat murah dan disediakan khemah, permbersihan dan kod QR untuk memudahkan peniaga.

1

2

Semalam Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa mempertahankan kredibiliti DBKL dalam pengurusan Bazaar Ramadan tahun ini.

Menurutnya, DBKL hanya mengenakan sewa RM500. RM200 daripada jumlah itu boleh  dituntut semula jika tiada syarat kontrak dilanggar, jadi hanya RM300 sahaja untuk sewa.

Seorang peniaga berkata: “Saya salah seorang peniaga Bazaar Ramadan tahun ini di bawah kelolaan DBKL. Lancar sahaja prosesnya, dan nombor 1 paling penting, sewa sangat berpatutan. RM500. Andai tak langgar syarat RM200 akan dipulangkan semua. Jadi sewa tapak cuma RM300.

“Terima  kasih Dr Zaliha dan DBKL,” tulis Natasha Baharuddin.

Sementara untuk Bazaar Aidilfitri, sewa adalah RM700 dan RM2,000 pula adalah cagaran yang boleh dituntut semula peniaga jika semua syarat kontrak ditaati.

Dr Zaliha menegaskan DBKL banyak menerima maklumbalas yang sangat positif daripada para peniaga. Ini kerana sistem lebih teratur termasuk dari segi bekalan elektrik, di mana tiada risiko keselamatan peniaga.

Peniaga pertahankan DBKL

Seorang peniaga lagi turu menzahirkan rasa kesyukuran kerana selama ini dia tak pernah terfikir akan dapat berniaga di Bazaar Ramadan di Kuala Lumpur kerana terlalu banyak karenah Birokrasi oleh persatuan penjaja dan korupsi ketika Bazaar Ramadan diuruskan pihak ketiga dan sistem ayahanda.

Netizen melabel pihak yang kuat merentan ini mungkin mereka yang menyokong kartel lesen Bazaar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.

DBKL gagal uruskan Bazaar Ramadan

Afiq Roslan menulis: “Tak pernah seumur hidup aku terfikir boleh meniaga kat bazaar di bawah DBKL.

“Sebab dulu kalau nak mohom, sudah tentu kena lalu persatuan, nak kena kenal orang dalam.

“Kalau kenal ayahanda, dapat la harga RM1.5k. Kalau kenal adik ayahanda, dapat RM2k.

“Kau takde connection? Jangan harap boleh dapat.”

Afiq kemudian memuji pengurusan DBKL yang lebih pro aktif membanteras kartel Bazaar Ramadan ini. Dengan menyatakan bahawa sewa tapak untuk satu lot hanya RM700.

dbkl
FOTO: Portal Wilayahku

Berbanding sebelum ini ada pihak tak bertanggungjawab membuatkan berlaku ‘mark up’ harga sehingga mencecah RM50,000. Sistem kali ini dianggap lebih telus dan lebih mudah bberbanding ketika dikendalikan persatuan penjaja.

“Selepas DBKL ambil  alih kendalikan tapak, sistem telus, straightforward.

“Hiccup [masalah] sikit-sikit tu ada la sebab baru pertama kali mereka [DBKL] nak kendalikan semula kan.

“Tapi Alhamdulillah, dari tak pernah terfikir, tahun ni dapat sertai peniaga di bazaar Wangsa Maju. Thank you menteri & DBKL.

“Bab Jalan TAR jangan cakap la. Dulu lot biasa cecah sampai RM25k. Lot corner dengar cerita sampai RM40-50k. Padahal DBKL caj 700 sahaja. Mana la member tak angin.”

‘Yang Anggap DBKL Gagal Uruskan Bazaar Ramadan Mungkin ‘Ayahanda’ Atau Kartel’, Kata Peniaga

Rata rata netizen lebih suka DBKL yang uruskan terus Bazaar Ramadan berbanding persatuan penjaja atau pihak ketiga. Kerana sistem lebih telus dan terus.