Pada hari ini peningkatan penggunaan kereta elektrik (EV) menyebabkan stesen pengecasan kenderaan EV sentiasa full house.
Baru-baru ini seorang pengguna Tesla dari Malaysia merakam video di mana seorang wanita warga emas menghalang seorang pengguna Tesla lain untuk masuk ke pengecas Tesla Destination Chargers (TDC).
Baca Juga:
- Tesla Pecat Pekerja Yang Mencipta Laman Web Mengkritik Elon Musk
- Pekerja Tesla Hantar Surat Minta Trump Jadi Waras
- Dah 2025, Tesla Masih Belum Buka Kilang Di Malaysia? Ini Penjelasan Tengku Zafrul
Menerusi video dimuat naik TikTok @teslam.y, wanita itu menghalang pemandu Tesla Model Y daripada mengecas dan menunding jari ke arah ke sebuah Tesla lain berhampiran yang sudah ‘lama menunggu’ untuk menggunakan pengecas TDC tersebut.
@teslam.y Kita ni baru nak kenal dunia cas mengecas ni. Dah nampak menda macam ni. Ok saya janji tak masuk dalam list tu. Hahaha #tesla #modely #teslam #CapCut
Cop sebab caj percuma
Menurut TikTok @teslam.y, warga Singapura itu berbuat sedemikian kerana tidak mahu membayar caj pengecasan kereta mereka.
“Tesla Supercharger ini ada saja kosong. Tapi kenapa jadi macam ini? Sebab caj TDC ini adalah percuma,” ujar TikTok @teslam.y.
Penggunaan TDC adalah percuma untuk semua pengguna kereta EV jenama Tesla.
Tindakan warga Singapura yang ‘cop’ itu mendapat kecaman warganet.
Bagaimanapun ada berpendapat tindakan mereka tidak salah, kerana mereka memang sudah berada di situ terlebih dahulu ‘menunggu giliran’ untuk menggunakan pengecas Tesla tersebut.