Sebuah gerai roti canai terkenal di Pulau Pinang nampaknya menjadi tumpuan netizen kali ini apabila didakwa menyediakan roti canai dengan cara yang kotor.
Dalam sebuah video terbaharu yang dimuat naik oleh Saiful Chin di laman Twitter miliknya, dia mendakwa bahawa gerai tersebut adalah Roti Canai Transfer Road.
Baca Juga:
- Video Tikus Makan Ayam Goreng Mamak Tular, KKM Minta Bantuan Netizen Buru Pihak Restoran
- Saji Makanan ‘Perisa Najis Tikus’, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup
- Tikus Berkeliaran Di Kedai Makan Pavilion KL, Wanita Ini Kecewa Pekerja Abaikan Aduannya
Di dalam video berdurasi pendek tersebut, kelihatan penebar roti canai tersebut tidak menjaga kebersihan kedai apabila hanya membiarkan sahaja telur yang pecah di dalam bekas.
Kepala hotak dia 🤮
Aku tak faham lah kenapa masih ramai datang kedai ni.
Roti Canai Transfer Road pic.twitter.com/Bkq8Z1w5mR
— Syed Kucing (@SaifulChin) December 30, 2022
Saiful Chin di dalam ciapannya mempersoal orang ramai yang selalu berkunjung ke sini, “Aku tak faham lah kenapa masih ramai datang kedai ini,” katanya.
Sejak video itu dimuat naik, ia telah menarik perhatian 500,000 netizen di Twitter dengan lebih 2,000 ciapan balas.
Ciapan yang tular ini juga telah membuka ruang kepada netizen untuk menyampaikan pandangan mereka.
Kebanyakan netizen yang bertandang di ruang komen menceritakan pengalaman pahit mereka berkunjung ke kedai tersebut.
i dengan kawan2 pergi sini untuk breakfast sebab kedai famous kan. 0/10!! Kebersihan kedai paling teruk pernah i jumpa, service paling teruk pernah i dapat. Makanan sama harga lain2, staf rude gila, kotor sangat even tempat duduk seberang jalan tu dekat tempat sampah berlonggok🤮
— زليخا🇲🇾🇵🇸 (@Thezlkha) December 30, 2022
Aku orang penang pun tak pernah mai kedai ni yang orang luaq dok buat meriah nak p makan awat tatau 🤣
— XXXmalislostconnection (@Malislostinhell) December 30, 2022
Sini mmg kotor gilababi punya kotor kot. Pernah sekali tu time tgh makan tikus besar anak babi lari2 anak depan tempat dia tebar roti tu yg tebar tu muka rilek je nampak sgt dh biasa.
— Jemi 🇲🇾 (@AzmiShafiq_) December 30, 2022
Trust Penangites when we said ‘kedai ni tak sedap pun’. Hygiene out, they simply lied and makes everyone order chicken and it’s expensive. Please do not support this business
— Ir_ Riaz🏴 (@riaz_ir) December 30, 2022
KKM dah pernah serbu dah sini, diorang tegur hygene, telur dorang basuh tak ikut SOP, tapi bila pegawai tegur, most of them mmg rude gila. Diorang melawan. I saw the video somewhere
— مودَّة (@Mawaddd_) December 30, 2022
aku pergi sarapan sini time nak order tu nampak ada tikus besar kucing 2 ekor main kejar2 pastu saje ah jerit “makkkk besarnye tikus” semua orang pandang mat. ada sorang pakcik tu siap gelak2 sambil makan canai dia. kahkahkah
— beng (@kadang2panas) December 31, 2022
Netizen menyeru agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat siasatan ke atas gerai tersebut yang tidak menitikberatkan soal kebersihan.
Kemaskini
Selepas laporan ini dimuat naik, pihak restoran telah tampil membuat membuat kenyataan.
Melalui sebuah video yang dimuat naik Malaysia Gazette, pemilik gerai roti canai tersebut menyatakan permohonan maaf kepada orang ramai.
Beliau juga menyatakan bahawa memang begitu cara pekerja beliau ‘membuang’ telur tersebut, tetapi kesemua telur itu sudah dicuci sebelum diguna.
"Kami minta maaf, memang salah pekerja saya buang telur ayam macam tu tapi semua telur telah dicuci sebelum guna" – Pemilik roti canai Jalan Transfer#malaysiagazette #mgnews #roticanai #jalantransfer pic.twitter.com/m9LnMQC98x
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) December 31, 2022