Beberapa hari lalu, pengeluar kereta dari Kenya, EV Explorers telah mencipta sejarah dengan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama dalam segmen off-road.

Kereta tersebut diperkenalkan sempena pertandingan Rhino Charge yang berbentuk pengembaraan dengan kereta pacuan 4 roda.

Kereta EV keluaran Kenya

Dan kini EV Explorers telah mengeluarkan kereta EV versi off road. Majlis pelancarannya dibuat secara ringkas.

@unluckymandela

Man this car gave me G-Wagon vibes then they pulled the veil 🤣🤣🤣 Blind date vibes, Jacob getting married to Leah vibes 🤣🤣🤣 Kenya 🇰🇪 did the e things tho, we need our own car here in Mzanzi as well

♬ original sound – unluckymandela

Ada sesetengah netizen mempersendakan kereta tersebut yang dianggap nampak kelakar.

Ada juga yang menganggap rekannya teruk dan juga tidak relevan di Kenya yang selalu terputus bekalan elektrik.

1

Mereka juga menyindir kereta EV itu sendiri nampak sedih.

2

Namun ramai juga yang memuji usaha syarikat Kenya itu. Menurut mereka, ianya usaha yang baik daripada sebuah syarikat kereta yang kecil dari sebuah negara yang mundur.

3

Yang lain turut menganggap rekaan kereta itu nampak cantik dan praktikal untuk digunakan di Kenya. Mereka anggap ini permulaan yang penting dalam sejarah automotif di Kenya.

Dan ada yang menganggap ianya lebih bagus daripada Cybertruck Elon Musk.

kereta ev

Langkah ini menandakan kemajuan penting dalam usaha negara tersebut untuk menggalakkan pengangkutan mesra alam.

Rhino Charge, acara yang sudah bertapak selama 35 tahun, adalah acara tahunan yang bertujuan mengumpul dana bagi projek pemuliharaan alam sekitar oleh Rhino Ark Charitable Trust.

Sejak penubuhannya, acara ini telah berjaya mengumpul lebih daripada KES 2.4 bilion kira kira RM78,000.

Dan telah menyumbang kepada pembinaan 780 kilometer pagar elektrik yang melindungi lebih 80,000 keluarga daripada konflik antara manusia dan hidupan liar.

Penyertaan EV oleh EV Explorers menunjukkan potensi kenderaan elektrik untuk beroperasi dalam keadaan off-road yang mencabar  seperti di Kenya, sambil menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar.