Tindakan seorang ibu yang dianggap tidak bertanggungjawab telah mengundang kecaman daripada warganet.
Wanita tersebut dilihat kehairanan melihat anaknya ada di hadapan pengantin yang sedang berarak masuk ke dalam dewan persandingan.
Wanita itu tidak segera mengambil anaknya namun hanya memanggil manggil sahaja anaknya yang dianggap telah merosakan majlis yang dirancang oleh pengantin.
Netizen melabel wanita itu sebagai tipikal tetamu yang merosakan majlis orang. Di mana dia tidak mengawal atau menjaga anaknya langsung.
Jurugambar yang cuba mendapatkan sudut terbaik pun terganggu dengan kelakukan anak wanita itu.
Ada juga yang membidas wanita itu sebagai mengabaikan anaknya yang masih kecil di dalam majlis keramaian dengan begitu sahaja.
“Mujur kat situ, kalau dalam guni? Lagi naya,” tulis Malaysia Most Viral.
Ni jenis perangai tetamu yang merosakan majlis orang.
Eh kenapa anak aku kat situ??? Dah ko asyik mengelenyor x ingat anak, asik bergambar je kojenye..mujur kat situ,kalau dalam guni lg naya.. pic.twitter.com/vrzPmTe2E8— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) July 17, 2024
Ezudean menulis: “Jika mak bapak dia masih berperangai macam tu memang anak dia akan diculik. Tak percaya? Cuba tengok movie Deep End Of The Ocean dekat Netflix. Cerita itu memang mengisahkan mak bapa main biar sahaja anak, lepas tu kena culik.”
Yang lain juga mengingatkan wanita tersebut agar sekurang kurangnya menjaga anaknya agar tidak berlari ke sana sini dalam majlis orang.
Ini kerana salah seorang daripada anaknya itu memang masih kecil memang tak tahu apa apa, jadi sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga anak mereka.
Kemudian ada juga yang menyatakan bahawa: “Dia fikir orang orang akan cakap anak dia comel la tu, padahal merosakkan majlis orang.”
masalahnya dia bajet org akan ckp anak dia cute la tu padahal pedajal majlis org
— fily (@filypablohoney) July 17, 2024
Seterusnya netizen yang lain menyatakan bahawa, wanita itu mungkin fikir orang akan merasakan konten itu comel, malangnya tidak! Ramai yang menyampah.