Aspek kebersihan memang sangat dititik beratkan di dalam penyediaan makanan terutamanya di Malaysia dalam menjamin kualiti dan tidak tercemar dengan kuman.

Tetapi di Indonesia mungkin sedikit pendekatan yang diambil dalam perihal berikut susulan satu video yang membongkarkan cara penyediaan tauhu di Indonesia.

Di dalam video itu, seorang YouTuber telah pergi ke tempat pembuatan tauhu yang  terletak di sebuah kilang di Indonesia. Pada awalnya, lelaki itu memperlihatkan keadaan persekitaran tempat pembuatan tersebut yang cukup tidak kondusif secara keseluruhannya.

Tempat penyediaan yang terlalu terbuka

tauhu
Sumber Gambar: X

Sudahlah terdedah kepada habuk kerana bangunan dengan rekaan yang terbuka, ditambah pula dengan penggunaan perkakasan serta peralatan masakan yang tidak mematuhi gred dalam kulinari.

Mana tidaknya, bahagian penutup kipas telah digunakan seperti senduk untuk menggoreng tauhu tersebut yang mana secara pratikalnya ia tidak bersesuaian kerana bahan cat yang digunakan dikhuatiri mempunyai bahan kimia yang merbahaya.

Guna plastik dan tayar terbuang

tauhu
Sumber Gambar: X

Yang lebih mengeruhkan keadaan lagi, di dalam video itu mendedahkan bagaimana sampah sarap seperti plastik atau tayar yang tidak boleh dikitar semula telah digunakan sebagai bahan pembakar lalu dimasukkan di dalam minyak yang mendidih itu.

Hal ini sekaligus minyak yang digunakan untuk memasak itu telah bercampur dengan sampah sarap, yang mana telah tenggelam di bahagian bawah periuk itu.

Malah, setiap pekerja dilihat tidak memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu proses penghasilannya.

Tauhu-tauhu yang siap dimasak ini kemudian akan dihantar ke pasar basah di sekitarnya dan dipercayai akan dipakai di dalam menu nasi ayam gepuk dan sebagainya.

Lelaki itu malah menyamakan keadaan persekitaran kilang pembuatan tauhu di Indonesia ini dengan tempat mencuci kain di India.

Susulan video itu dikongsikan di platform X, ramai meluahkan rasa mual dan mendakwa sudah serik untuk memakan juadah itu lagi apatah lagi jika melancong di sana selepas ini.

Ada yang mahu memboikot menu tersebut disebabkan trauma melihat cara pembuatan tauhu disebalik tabir di Indonesia.

Hal ini sekaligus membuka mata tahap kebersihan  di sana sememangnya berbeza dengan negara kita yang mana sudah mempunyai standard yang bagus.