Sudah selalu sangat kita mendengar komentar dari pelancong Barat yang mendakwa kos hidup di Malaysia adalah yang termurah sekaligus mereka berbelanja besar dengan wang yang sedikit dari negara asalnya.

Baru-baru ini, seorang wanita dari Barat berkongsi sebuah video yang memperlihatkan dirinya yang sangat menikmati percutian ke Malaysia sehingga merasa seperti bak jutawan apabila berada di sini.

Di dalam video tersebut, wanita itu menerangkan yang dia berpeluang makan di restoran mewah di tengah ibu kota dengan harga serendah €23 bersamaan RM106 untuk seorang.

@nicolegavr

Choosing your next destination on a student budget? Kuala Lumpur in Malaysia is an amazing choice – rich culture, affordable hotels, amazing food. I’m obsessed #singapore #malaysia #travel #traveltok #asia #movingabroad #internationalstudent

♬ original sound – nicolegavr

Bagaimanapun, ramai netizen mula meluahkan rasa muak dengan pelancong Barat yang sering mengganggap semua barangan di Malaysia adalah murah walhal realitinya untuk warga lokal itu tidak semurah yang dicanang selama ini.

Mana tidaknya,  ramai berpendapat mereka hanya merasa sedemikian dek kerana duit Euros yang kukuh secara tidak langsung memberikan pulangan pertukaran wang yang lebih bagus.

Dalam pada itu, seorang netizen turut memuat naik video yang mana meminta para pelancong terutamanya dari Barat untuk  berhenti ‘meromantikkan’ negara Malaysia sebagai tempat yang tersangat murah sedangkan realitinya di negara sendiri belum tentu mampu berbuat sedemikian.

@mikhailhanafi

#stitch with @nicolegavr like what are you flexing?!?!? that you come from a country sooooo much richer? that this developing country makes you feel like a millionaire? shhhhhhhhhhh #tiktokmalaysia

♬ original sound – mik – mik

Menjengah ke ruangan komentar, ramai netizen turut berkongsi pendapat yang sama di mana pelancong Mat Saleh hanya lebih kepada mahu berlagak yang matawang mereka lebih kukuh maka dapat nikmati semua benda di Malaysia dengan harga yang lebih rendah di mata mereka.

“Diorang sudah sengsara di negara mereka, jadi datang ke sini nak flex matawang negaranya,” komen seorang netizen.

“Bayangkan jika 1 dollar bersamaan RM1 dan anda dapatkan set burger rata-rata pada harga RM12. Anda mesti cakap betapa mengarutnya untuk makan burger dengan kentang goreng untuk RM12,” tegur seorang netizen lagi.

“Menjengkelkan, kita punya lah struggle nak hidup,” keluh seorang netizen.

“OMG ini betul-betul menjengkelkan, ingatkan saya seorang je rasa begini,” ujar seorang lagi.

Oleh itu, ada yang memberi saranan jika kalau kerajaan melaksanakan cukai khas yang patut dikenakan kepada pelancong untuk setiap servis atau barang yang dibeli di negara ini.