Netizen naik angin selepas tular video yang menunjukkan seorang wanita asnaf mengeluh ketika menerima bantuan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Wanita itu mengeluh mengenai jenis lampin pakai buang yang diterima, selain mempersoalkan kecekapan sistem bantuan MAIWP.

Baca Juga:

Keluhan Wanita Asnaf Yang Dapat Bantuan

Dalam video tersebut, wanita berkenaan mendakwa sepatutnya menerima pampers jenis “pants” untuk anaknya, namun telah diberikan pampers jenis “tape”.

Beliau juga menzahirkan rasa tidak puas hati secara terbuka yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

Netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan tidak bersyukur walaupun telah menerima pelbagai bentuk bantuan sejak tahun 2018.

Difahamkan, beliau kini mempunyai 7 orang anak, termasuk 2 orang anak OKU dan masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan zakat.

Wanita Asnaf
Kenyataan MAIWP
Wanita Asnaf
Kenyataan MAIWP

MAIWP kemudiannya tampil dengan kenyataan rasmi dimana mereka menjelaskan bahawa mereka sentiasa cakna terhadap keperluan asnaf.

MAIWP turut bersedia membuat penilaian semula sekiranya terdapat permintaan perubahan spesifikasi bantuan yang munasabah.