Biasalah bila melalui highway, kita akan terpaksa menunggu giliran dengan pengguna lain bergerak ke destinasi. Bagaimanapun kesesakan yang melanda sewaktu sedang sesak bukanlah alasan untuk boleh digunakan laluan kecemasan sesuka hati.

Seorang pengguna TikTok telah memuat naik sebuah video memperlihatkan satu adengan menarik bagaimana respon pemandu tempatan terhadap tindakan salah guna laluan kecemasan oleh pemandu dari Singapura di sebuah lebuhraya di Johor.

Di dalam video itu, kelihatan sebuah kereta sedan berjenama Mazda yang lengkap dengan nombor plat Singapura membuat cubaan untuk memotong barisan yang sesak menerusi laluan kecemasan.

Kereta Mazda bergerak dengan pantas dan berjaya memotong sebuah kereta tempatan. Tetapi ia tidak berlarutan kerana sebuah Bezza langsung mematahkan usaha pemandu Singapura terbabit itu dengan menghalang laluan di hadapannya.

Ekoran gagal memotong laluan, pemansu terbabit langsung memperlahankan kenderaannya lalu memasuki semula ke dalam barisan seperti sedia kala.

@abamsado1988

terbaik owner bezza 🫡,kasi ajar sikit itu orang Singapura mcm mna nk bawak kereta di highway plus #fyp #foryoupage

♬ TRIUMPH – Sped Up – FanEOne & grass flower & GANG

Tindakan berani pemandu Bezza itu meraih pujian netizen malahan ramai berpuas hati melihat pemandu Singapura diajar untuk mematuhi undang-undang tempatan.