Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mendapat pujian daripada warga maya selepas tindakan merobohkan gerai warga asing di Jalan Lorong Muhibbah berhampiran Pasar Chow Kit.
Pasar ini telah menjadi pusat peniaga dan penjaja warga asing, terutama dari Indonesia, dan proses perobohan telah bermula secara berperingkat.
Baca Juga:
- Memang Patut Kena ‘Ambush’ Dengan DBKL, Peniaga Air Jalan TAR Didakwa Pengotor
- Berkeras Walau Diberi Arahan, DBKL Cabut Pintu Gril Besi Halang Laluan
Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @mhmmdhsm, memperlihatkan suasana di sekitar Pasar Chow Kit selepas proses pembersihan dilakukan.
Dia mengakui kagum terhadap usaha pihak penguatkuasa dalam memastikan kawasan tersebut bebas daripada peniaga warga asing.
Habis dah roboh kedai2 kat chowkit tepi ni , habis dah kedai2 indon tepi ni lenyap. 30 tahun aku hidup first time ni dulu xde berani langgar pic.twitter.com/yl8afecqWb
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) April 25, 2024
Pujian juga ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, yang dianggap berani mengambil tindakan tegas dalam menangani isu yang telah berlarutan.
Warga maya turut berharap agar peniaga warga asing yang menguasai perniagaan barangan asas juga diambil tindakan sewajarnya.
Untuk rekod, projek pembangunan semula Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit sedang menunjukkan kemajuan.
Peniaga dijangka dapat menggunakan kemudahan baru tersebut setelah semua keperluan dan kelulusan diselesaikan.