Pada sambutan malam tahun baharu, semua orang bergembira sambil menonton pertunjukan bunga api serta menikmati makanan dan minuman yang dijual. Namun, apa yang tidak enak dilihat adalah apabila sampah berselerakan di merata-rata tempat seusai ia selesai di sekitar Kuala Lumpur.
Hal ini dibuktikan menerusi satu video TikTok daripada Alam Flora yang memaparkan kegigihan pekerja mereka dalam mengutip sejumlah sampah di atas jalan raya dekat kawasan Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.
Baca Juga:
- ‘Ingatkan Dekat Luar Negara Tadi’ – Netizen Kritik Tindakan Penonton Coldplay Yang Buang Sampah Merata-Rata
- Jumlah Kutipan Sampah Di Sungai Melaka Jadi Penanda Aras Kebersihan Bandar Melaka
- Timbunan Sampah Sarap Ditinggalkan Pengunjung Selepas Sambutan Hari Kebangsaan Meningkat 5 Kali Ganda
@alamflorasdnbhd Alam Flora menganggarkan 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baru di kawasan Kuala Lumpur semalam. Seramai 128 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal jam 12 tengah malam. Kawasan yang terlibat untuk kerja-kerja pembersihan ialah KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. #JomRawatBumi #AlamFlora #PembersihanTahunBaru2024 #EnhancingLifeEnrichingCommunities #fyp #masukberanda
Melalui video berkenaan, ia turut memaparkan pekerja-pekerja dari Alam Flora giat mengutip sampah sarap di sekitar jalan raya dan menyorong beberapa tong sampah hijau untuk mengumpul sampah-sampah berkenaan.
Malah, ada antaranya yang bertugas menggunakan penyapu sampah dan waterjet untuk membersihkan kotoran degil yang melekat pada jalan besar di Dataran Merdeka.
Seramai 128 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi dilaporkan bertugas seawal jam 12 tengah malam dan Alam Flora menganggarkan sebanyak 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baru itu.
Video berkenaan telah menerima komen positif dari netizen yang memuji pekerja-pekerja Alam Flora yang gigih melakukan pekerjaan walaupun sudah lewat malam.


Malah ramai juga menegur sikap pengunjung malam ambang tahun baru yang tidak menjaga kebersihan setempat, malah sikap ini tidak berubah pada setiap tahun.
Diharapkan kita dapat berubah ke arah yang lebih baik dengan mencontohi negara seperti Jepun yang sangat menitik beratkan kebersihan dalam masyarakat mereka.