Tular di media sosial pada hari semalam apabila seorang guru yang membeli Starlink mendapati kit satelitnya gagal berfungsi seperti yang diharapkan. Guru terbabit mahu mencuba servis Starlink itu di kawasan persekolahan pendalaman di Sarawak.
Siapa sangka dengan kuasa viral di media sosial mampu menyelesaikan isu berkenaan dalam masa singkat? Perkara ini menjadi bualan ramai selepas seorang individu membuat ciapan berkenaan isu guru itu di Twitter yang mana sekaligus mencuri perhatian pihak berwajib.
Baca Juga:
- Labur Duit Sendiri Beli Starlink Demi Anak Murid, Netizen Terharu Lihat Inisiatif Guru Ini
- Pantas Dan Berbaloi, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Awal Penggunaan Starlink Di Sabah
Kesian cikgu ni. Beli @Starlink.
Bawak balik sekolah jauh nun di pendalaman.
Few hours journey.
End up masih tak boleh guna. Received wrong unit ordered ka apa tak tau ler. Kesian worr. Syahduuuuu..@fahmi_fadzil @elonmusk pic.twitter.com/VVQiwG9eY4— BUKAN Tokey Sarkis™🚬 (@farhanzahari) August 19, 2023
Susulan ciapan individu itu, pengguna itu telah dihubungi oleh seorang wakil daripada YB Fahmi Fadzil bagi menyelesaikan isu yang dialami. Difahamkan pihak SKMM Malaysia menerusi SKMM Sarawak sedia membantu guru itu dan sudah menyelesaikan isu pada hari yang sama.
Sementara di akaun TikTok asal, beliau berterima kasih kepada pihak berwajib kerana bantu menyelesaikan isu Starlink itu. Beliau kini memuat naik video yang memperlihatkan internet Starlink sudah pun boleh digunakan seperti biasa.
Dalam pada itu, beliau berkongsi bahawa masalah ini boleh terjadi kerana nombor siri pada kit tampil berbeza dengan tetapan pada aplikasi. Jadi, SKMM meminta nombor siri kit untuk penetapan semula dengan bantuan pihak Starlink.
@y.ao_75 Thank you so much MCMC Sarawak for reaching out for me on this matter. Not to forget everyone yang secara langsung dan tidak langsung yang tolong saya on this problem. Banyak yang komen juga on how to solve this matter. Blessed Sunday!! #starlink #elonmusk #ulubaramsarawak #baram #mcmc #sarawak #spacex #fyp #pendalaman #malaysianteachers #aekholic #cikgupendalaman #longsait
Beliau juga bersyukur kerana ramai yang sudi bantu memberikan solusi sewaktu kit satelit itu gagal berfungsi. Dengan kuasa media sosial, beliau sudah boleh menikmati internet berkelajuan tinggi di kawasan pendalaman dan paling utama dapat memberi peluang kepada kanak-kanak di sana meneroka teknologi semasa.


Sementara itu, netizen pula sempat memuji pihak SKMM kerana sudi memberikan bantuan dengan secepat mungkin untuk menyelesaikan isu tersebut. Malah campur tangan ini dilihat sangat penting memandangkan Starlink sendiri belum mempunyai pusat khidmat pelanggan rasmi di sini.