Pagi tadi berlangsungnya jualan koleksi edisi khas antara jenama mewah Moschino dan H&M. Koleksi ini tersangat limited dan hanya cawangan H&M Avenue K menerima koleksi edisi khas ini.
Ada yang sanggup beratur sejak petang semalam untuk peluang membeli barangan dalam koleksi ini. Namun segala persiapan oleh pihak H&M Avenue K untuk semua yang hadir dapat membeli dengan aman gagal kerana berlakunya insiden ini.
H&M Avenue K for Moschino collection launch. Tak reti elok-elok ke masuk? Siap ada yang tolak guard tu lagi smh pic.twitter.com/prodY8Xn3o
— Seemingly Roti (@flakeyroticanai) November 8, 2018
Melalui pengguna Twitter Hallofeesa, beliau berkongsi Insta story rakannya yang berada di Avenue K ketika pintu dibuka. Sepatutnya mereka perlu masuk seorang demi seorang tetapi disebabkan ada yang melulu masuk, maka semua yang lain turut ‘naik hantu’ dan menyebabkan suasana jadi kecoh.
Ada yang sanggup menolak pengawal yang bertugas untuk berebut segala pakaian yang ada. Pakaian yang dipakaikan pada patung turut disapu bersih oleh para ‘peminat’ dua jenama ini.
Ianya menimbulkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang beratur secara adil sejak semalam yang dikecewakan individu yang berkelakuan seperti ‘beruk’ ini. Adakah situasi seperti ini pernah berlaku kepada anda?