Netizen sebak melihat isteri Ali Puteh menangis melepaskan kereta Honda kesayangan mereka sambil ditenangkan suaminya.

Ali Puteh menjual kereta dan motosikal milik dia dan isteri untuk membantu menampung dana melunaskan hutang balu arwah Abam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Detik mereka menjual aset itu dirakam oleh seorang rakannya. Ali Puteh perlu membayar hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah.

Pada kapsyen tersebut ditulis: “Honda Accord, ‘sold’. Terima kasih hamba Allah ini datang dari Johor Bahru. Sangat mudah berurusan.”

Ali kemudian memeluk isterinya yang tidak dapat menahan sebaknya.

Sebelum itu Ali sudah pun menjual RXZ miliknya. Selain daripada kereta dan motosikal, Ali Puteh turut menjual trofi miliknya.

Akaun media sosial yang sama menulis: “Sold. Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri.”

‘SOLD’ – Ali Puteh Jual Semua Trofi Kemenangan Program Lawak

Netizen tumpang sedih melihat Ali Puteh dan isterinya. Ada yang menganggap isteri Ali Puteh pasti benar benar sayangkan kereta Honda tersebut dari segi emosi yang dipaparkannya.

Yang lain menyatakan mereka tidak mahu memberikan komen tentang isu peribadi atau keluarga Ali Puteh, namun yang pasti detik seperti itu benar benar sedih sekali. Mereka meminta pasangan tersebut bertabah kerana segalanya yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ada juga memuji tindakan itu kerana Ali Puteh berniat mahu melangsaikan hutangnya. Sambil mendoakan Ali Puteh dan isterinya akan dibukakan rezeki yang lain selepas ini.

Pada 2022, Ali Puteh diperintah Hakim Mahkamah Sesyen supaya membayar Siti Nor Hidayah Mohd. Ali sebanyak RM60,000. Itu berikutan kenyataan Ali Puteh yang dianggap mengaibkan Nor Hidayah.