Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying yang merupakan adik kepada Lim Guan Eng disahkan telah bertukar porfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan kepada Timbalan Menteri Kewangan.
Ini Senarai Penuh Menteri Kabinet Terbaru Yang Diumumkan PMX
Baca Juga:
- Ini Senarai Penuh Menteri Kabinet Terbaru Yang Diumumkan PMX
- Bukan ‘Ponteng’ Mesyuarat Kabinet Kerajaan, Ini Sebab Tengku Zafrul Terpaksa Ke Abu Dhabi
- Perdana Menteri Bakal Bentang Kad Laporan Kabinet Sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
Lim Hui Ying sangat berbesar hati diberikan jawatan baharu itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun netizen ternyata menyindir Lim Hui Ying yang dianggap begitu cepat naik. Di mana dia tiada pengalaman politik sehingga 2018 tetapi sejak itu beliau telah menjadi senator, ahli parlimen, timbalan Menteri Pendidikan dan kini Timbalan Menteri Kewangan.
Lebih menarik lagi, Lim Hui Ying adalah anak kepada Lim Kit Siang dan adik kepada Lim Guan Eng.
Zero political experience prior to 2018. But:
2018 – Senator
2022 – MP
2022 – Deputy Education Minister
2023 – Deputy Finance MinisterFyi, Lim Kit Siang is the father and Lim Guan Eng is the brother. pic.twitter.com/znGFXtj6bN
— γ«γ«γ΅γ³ (Karusa-n) karusan.bsky.social π΄π (@connerylazenby) December 12, 2023
Netizen memberikan beberapa komen tentang pelantikan ini. Di mana mereka kagum dengan Lim Hui Ying yang membuktikan klan Lim secara slowly and steadilyΒ mendaki ke puncak.
Lim Clan is climbing up to the empire throne . Slow & steady π Betty can have nasi lemak at Mof again ππ
— Rose Nor (Rose Abraham) (@MdmRoseNor) December 12, 2023
Seorang lagi berkata: “LGE sebagai penasihat dia. Berita baik.”
LGE will be her advisor. Very good news π
— Athena (@Sharayny) December 12, 2023
Walaubagaimanapun ada juga mempertahankan pelantikan Lim Hui Ying. Mereka membidas hujah menuduh dia tidak ada pengalaman politik, adalah sangat tak berasas.
Namun tuan punya hantaran membalas, pengalaman di peringkat parti tidak dikira.
Bagaimanapun, seorang lagi mempertahankan Hui Ying sebagai berpengalaman kerana dia pernah menjadi ahli parlimen. Tetapi pantas dijawab: “DAP tak ada calon lebih bagus dari dia ke?”
Kemudian tuan pemilik hantaran menunjukkan keratan akhbar di mana Lim Hui Ying gagal menjawab soalan di Parlimen ketika dia menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.
Perdebatan tentang kredibiliti Lim Hui Ying berterusan. Malah ada yang menganggap dia naik sebab ada kabel.
Tip berjaya dalam hidup:
1)Doa
2)Usaha
3)Cable
Amalkan no.3 tu je,pasti berjaya di dunia:)— Rangga (@Baim88888) December 12, 2023
Namun ada juga menyeru agar netizen memberikan peluang terlebih dahulu kepadanya. Kerana tidak semua ahli politik yang berpengalaman itu bagus. Dan Lim Hui Ying harus diberikan peluang membuktikan dirinya.
Jika dia tak bagus kelak, maka kritiklah beliau.