Netizen Singapura mengamuk dengan kajian menyatakan bahawa Singapura adalah bandar ketiga paling gembira di dunia.

Baru-baru ini lamana Happy City Index mengeluarkan senarai bandar paling gembira di dunia. Singapura hanya berada di belakang Copenhagen dan  Zurich.

Netizen Singapura Bengang Disenarai 'Top 3' Bandar Paling Gembira Di Dunia: "Malaysia Lebih Bagus"

Sebagai perbandingan, Kuala Lumpur disenaraikan di kedudukan ke-167 dalam ranking bandar paling gembira.

Netizen Singapura Bengang Disenarai 'Top 3' Bandar Paling Gembira Di Dunia: "Malaysia Lebih Bagus"

 

Satu lagi bandar terletak di Malaysia, Petaling Jaya berada di ranking ke-183.

Netizen Singapura Bengang Disenarai 'Top 3' Bandar Paling Gembira Di Dunia: "Malaysia Lebih Bagus"

Siapa pandai pandai cakap Singapura ketiga paling gembira?

Menurutnya mereka, siapakah koresponden yang mereka tanya itu?

“Kamu tanya siapa? Kalau kamu tanya rakyat Singapura di jalanan, mereka akan berikan jawapan yang sama, sebab kami berkongsi emosi yang sama.

“Kami tertekan, letih sampai nak menangis, dan ini yang kamu panggil gembira?

“Bangun 7 pagi, berhimpit seperti sardin dalam MRT, bekerja sangat kuat sehingga roh saya nak tinggalkan jasad saya.

paling gembira

“Balik rumah pun masih kena maki dengan bos saya menerusi WhatsApp. Ini yang kamu panggil gembira?

“Setiap hari tekanan darah saya memecahkan rekod. Saya tak pernah bertenang sebab terlalu letih.

“Gembira adalah saya boleh tidur 12 jam, boleh sentuh saya punya CPF, gaji saya naik bukannya GST.

“Jika Singapura negara ketiga paling gembira di dunia, maka saya adalah orang pertama paling gembira di dunia lah.

“Jangan mengaburi mata saya dengan gelaran negara ketiga paling gembira di dunia.”

Malaysia lebih gembira

Di ruangan komen rata rata netizen di Singapura berpendapat bahawa, Malaysia seharusnya menjadi negara lebih gembira berbanding Singapura.

Isaac berkata: “Malaysia lebih gembira. Boleh memiliki 2-3 buah kereta, kadangkala 4. Petrol pun murah. Tahun Baru Cina boleh main bunga api.

Yang lain berkata: “Mungkin mereka maksudkan tentang pemimpin negara Singapura kot. Mereka sahaja yang gembira di Singapura ini.”

Ramai setuju siap berseloroh menyatakan di Malaysia boleh makan gula gula getah.

Caithlyn memberikan pandangan: “Kos perubatan di negara kecil kita ini sangat mahal. Ramai yang tiada pekerjaan di negara maju kita ini. Bahkan bayaran ambulans pun semakin mahal di Singapura saban tahun. Ada banyak rahsia tentang negara kecil ini yang saya  tak mahu  kongsikan dengan orang.”

Ada juga yang menegaskan bahawa kajian tersebut jelas sekali propaganda politik yang dibuat pihak tertentu.

@benwoahh

Knn Singapore is the third happiest country in the world…my ka chng la… #benwhoah #tiktoksg #fyp

♬ original sound – Benwhoah 2.0 – Benwhoah 2.0

Atau koresponden adalah dari kalangan warga asing yang bekerja di Singapura.

spore

Seorang netizen dari Malaysia,  Mr. Ho berkata: “Jika Singapura ketiga, maka Malaysia patut menjadi negara paling gembira di dunia. RM1 sahaja untuk caj hospital kerajaan.

“Setahun dapat 4 kali bayaran STR. Petrol RM2.05 seliter. Kami adalah negara paling banyak cuti umum di dunia. Boleh dapat pinjaman pendidikan, kalau tak bayar pun tak kena tangkap,” katanya sambil berseloroh.

Walaupun ramai yang menyuarakan pandangan yang sama tentang cabaran hidup di Singapura, namun ramai juga yang membidas netizen tersebut.

Menurut mereka, di mana mana negara berdepan dengan masalah ekonomi yang sama.

“Kalau kamu tak suka kehidupan di Singapura, sila pindah ke negara lain,” bidas netizen lain.