Apabila memandu di kawasan depan sekolah, setiap pemandu perlu memperlahankan kenderaan bagi menjaga keselamatan, lebih-lebih para pelajar sekolah.
Tular satu klip video dashcam menunjukkan seorang pengawal keselamatan ‘mengajar’ seorang pemandu Perodua Alza melanggar arahan ketika melalui lintasan zebra di hadapan sebuah sekolah.
Baca Juga:
- Bekas Murid Saman Sekolah Kerana Masih Tak Boleh Membaca, Menulis
- Ibu Terkilan Kasut Sekolah Anak Baru Pakai Seminggu Disabotaj Budak Nakal
- Nad Zainal Tak Peduli Mulut Orang Dan Yakin Dengan Kualiti Sekolah Kerajaan
Menerusi video pendek itu, pengawal keselamatan mengarahkan kenderaan untuk berhenti kerana ada seorang pelajar perempuan mahu melintas jalan.
@mohdazizie81
Bagaiamanapun pemandu Alza tersebut tidak memperdulikan arahan dan tetap melalui lintasan zebra tersebut.
Pengawal keselamatan itu menendang bahagian tepi kereta tersebut. Lalu pemandu turun daripada kenderaan dan berhadapan dengannya.
Dia menegaskan dia berbuat sedemikian kerana pemandu tersebut tidak mendengar arahannya — sambil menunjukkan ke arah pelajar perempuan itu.
Ramai netizen memuji ketegasan ‘pak guard‘ itu kerana melaksanakan amanah dalam menjaga keselamatan para pelajar yang mahu melintas jalan raya.