Netizen tidak setuju dengan pandangan pengguna X yang menyatakan bahawa mereka yang kahwin ‘simple’ biasanya akan bercerai terlebih dahulu.

Seranur berkata: “Selalunya yang kahwin simple ni la yang akan bercerai dulu. Bukan nak kata apa la, selalunya [begitu]. Tak kata semua. Sebab tak ada usaha untuk buat majlis, jadi tak ada kenangan sangat dan tak rasa kahwin itu berharga. Tolonglah..”

Netizen Tak Setuju Pandangan Bahawa 'Kahwin Simple Selalunya Akan Bercerai Terlebih Dahulu'

Di ruangan komen ada netizen yang menyokong. Suzana Ismail berkata: “Betul betul.. Akak setuju.. Beri kesenangan masa kahwin nanti tak dihargai.. Dikata senang dapat.. Let go je la… Berdasarkan pengalaman sendiri.. Erm..!!”

Pandangan tersebut kurang dipersetujui yang lain yang menganggap ianya kenyataan pukul rata. Ada juga yang mengingatkan bahawa, artis yang majlis berjuta dan hantaran beratus ribu pun boleh bercerai. Jangan nak pukul rata.

Ismi Ann menegaskan bahawa dia dan suaminya kahwin dalam majlis sangat ringkas dengan perbelanjaan tak sampai seribu ringgit. Namun dia dan suami masih kekal bertahan, dan berharap dapat kekal ke jannah.

Netizen Tak Setuju Pandangan Bahawa 'Kahwin Simple Selalunya Akan Bercerai Terlebih Dahulu'

Yang lain memberikan komen bahawa, sebaik baiknya setiap orang cuba memudahkan urusan perkahwinan mereka bukannya merumitkan keadaan dengan membebankan dengan majlis yang gilang gemilang.

Ada juga yang berkata: “Suka hati kau je cakap tak ada effort, kita ni sanding masa PKP mana boleh buat majlis besar besar. Alhamdullilah kekal sampai ke hari ini.”

Netizen Tak Setuju Pandangan Bahawa 'Kahwin Simple Selalunya Akan Bercerai Terlebih Dahulu'